____________________________________________________________
Berdasarkan artikel dari Gedung Ilmu, aib ialah mengatakan sesuatu kekejian, keburukan orang. Hukum mengaibkan orang ni adalah haram. *seperti juga hukum mengumpat* Jika untuk diijadikan iktibar jangan beritahu siapa nama orang yang telibat. *dalam kata lainnya jangan dedahkan identiti mereka*
Hadis Rasulullah SAW;
Diakui, memang gadis2 bertudung di dalam video ni bersalah kerana mempersendakan agama tetapi ini tidak bermakna aib mereka harus dibuka. Bukankah lebih baik sekiranya wajah mereka di'blur'kan dahulu sebelum di upload di ruangan siber supaya identiti mereka dapat dirahsiakan. Ingat, tujuan video ini disebarkan adalah sebagai peringatan supaya tidak mempersendakan agama. Oleh itu, siapa mereka atau bagaimana rupa mereka bukanlah aspek yang perlu kita tekankan sebaliknya perbuatan mereka yang harus diambil kira. Dengan 'blur' kan wajah mereka tidak bermakna kita xkn dpt mesej yang ingin disampaikan. Kita masih boleh lihat dan dengar perbuatan mereka yang mempersendakan agama.
Sekiranya masyarakat zaman sekarang masih mengambil berat, adalah lebih baik sekiranya isu ini diketengahkan di mana2 pejabat agama atau pihak yang lebih berkuasa berbanding penyebaran video yang mengaibkan ini. Sebagai peringatan kepada rakan2 seagama yang lain, mungkin cukuplah hanya dengan menulis satu artikel pendek berunsur tazkirah tentang mempersendakan agama dan meletakkan kisah perbuatan mereka sebagai contoh tanpa menyebarkan video mereka. Oleh itu identiti mereka dapat dirahsiakan. Kita mempunyai banyak pilihan cara untuk berdakwah dan bukan hanya dengan penyebaran video mengaibkan seperti ini.
Yang paling buat diri sendiri terkilan, masing2 menegaskan pendirian penyebaran video ini adalah sebagai peringatan kepada rakan2 seagama yang lain tetapi komen2 yang diberikan oleh mereka adalah berunsur cacian dan makian. Dimana nilai dakwah atau teguran membina yang sepatutnya kita galakkan ? Sekiranya hanya cacian dan makian yang keluar dari mulut mereka, bukankah mereka patut muhasabah semula tujuan sebenar mereka menyebarkan video ni ?
"Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu
walaupun didalam rumahmu sendiri."
____________________________________________________________
Sekiranya masyarakat zaman sekarang masih mengambil berat, adalah lebih baik sekiranya isu ini diketengahkan di mana2 pejabat agama atau pihak yang lebih berkuasa berbanding penyebaran video yang mengaibkan ini. Sebagai peringatan kepada rakan2 seagama yang lain, mungkin cukuplah hanya dengan menulis satu artikel pendek berunsur tazkirah tentang mempersendakan agama dan meletakkan kisah perbuatan mereka sebagai contoh tanpa menyebarkan video mereka. Oleh itu identiti mereka dapat dirahsiakan. Kita mempunyai banyak pilihan cara untuk berdakwah dan bukan hanya dengan penyebaran video mengaibkan seperti ini.
Yang paling buat diri sendiri terkilan, masing2 menegaskan pendirian penyebaran video ini adalah sebagai peringatan kepada rakan2 seagama yang lain tetapi komen2 yang diberikan oleh mereka adalah berunsur cacian dan makian. Dimana nilai dakwah atau teguran membina yang sepatutnya kita galakkan ? Sekiranya hanya cacian dan makian yang keluar dari mulut mereka, bukankah mereka patut muhasabah semula tujuan sebenar mereka menyebarkan video ni ?
Dan jangan pulak ibu bapa, warga pendidik, sekolah, etc. yg dipersalahkan. Tak sepatutnya wujud persoalan mereka sekolah mana, anak siapa. Yang sepatutnya kita lihat adalah tahap moraliti kita dan mereka. Mungkinkah satu hari nanti kita juga akan melakukan kesilapan seperti mereka ? Siapkan diri kita. Hayati pengajaran yang sepatutnya kita terima dan bukannya memberi kejian semata2.
Untuk gadis2 ini.... Diri sendiri pasti yang korang semua sedar kesalahan korang. Kawan2... Ambil iktibar dan jangan lakukan sesuatu yang melanggar etika beragama dan moraliti. Isu mempersendakan agama bukannya isu sensitif hanya untuk Agama Islam tetapi agama2 lain juga.
*wallahualam*
p/s : yep... sedar... post kali ni berunsur ceramah sikit dan diri sendiri tau yg diri sendiri pun tak berapa sempurna. Sekarang masih lagi mencuba untuk kearah yg lebih baik. Tp tu la... kadang2 pendapat lebih baik disuarakan. Alhamdulillah sekiranya ada yang mendengar. Maaf sekiranya ada yang tersinggung atau bahasa yang digunakan kurang disenangi. Dan sila ambil perhatian, post ni adalah berdasarkan pendapat diri sendiri yang tiada kaitan dengan yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
11 comments:
Setuju sangat..
Ramai antara kita yang lupa nak sembunyikan aib orang. Makin dibesar-besarkan adalah.
Tukang komen pula beri cacian dan makian seolah-seolah diri sempurna dari segala segi.
Mentaliti yang wajib diubah..
Keharusan Mengumpat
ADA 6, SALAH SATUNYA:
Semasa menyedarkan masyarakat berhubung dengan suatu kemungkaran
Masyarakat perlu disedarkan tentang bahaya dan kesesatan yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka juga perlu disedarkan tentang kezaliman dan kemungkaran yang melanda. Rasulullah pernah ditanya tentang kejahilan orang tertentu pada zaman baginda melalui sabda baginda yang bermaksud, "Aku tidak yakin si pulan dan si pulan mengetahui tentang agama sedikit pun." Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari ini, Nabi menceritakan keadaan dua orang munafik yang berpura-pura memeluk Islam supaya sahabat berwaspada.
Berhubung perkara ini, Imam al-Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin berkata, "Apabila kamu melihat seorang alim sering mendatangi seorang pembuat bid'ah ataupun seorang yang fasiq dan kamu khuatir bid'ah itu menular kepadanya, kamu berhak menceritakan keaiban orang itu kepada si alim tadi. Sewajarnya yang menggerakkan kamu melakukannya adalah keinginan mencegah bid'ah dan kefasiqan dan bukan disebabkan faktor lain."
Demikian juga apabila berlaku penghinaan ke atas rakyat, penyalahgunaan kuasa dan hakisan terhadap hak rakyat secara terang dan nyata, syariat membenarkan pendedahan dilakukan pada masyarakat bertujuan melahirkan kewaspadaan dan akhirnya pencegahan. Imam Nawawi berkata, "(Antara perkara yang harus diumpat) adalah berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin ataupun berhubung dengan kefasiqan seseorang ataupun seumpamanya."
thanks kerana mengingatkan...
=)
hairil ; yup. mentaliti perlu dimatangkan.
anonymous ; baru tahu tentang perkara ni. Terima kasih. :)
Mengikut pemahaman saya berdasarkan kisah yg diceritakan, umpatan itu harus dengan niat untuk memperingati. Tetapi dalam kes ini, umpatan yang dilakukan (penyebaran video) disertakan dengan makian yang jelas2 niatnya boleh diragui.
Oleh itu bagi saya, adalah lebih baik memilih cara lain untuk berdakwah yang masih ada dari memilih cara umpatan seperti ini.
Terima kasih sekali lagi untuk info.. :D
mx ; sama2. peringatan buat semua, dan diri sendiri jgk.. semoga kita belajar dari kesilapan. :)
salam...saya minta sangat2 kepada semua yg masih memiliki video tersebut,sila delete dan lenyapkan dari simpanan anda...kes dalam siasatan...adakah anda ingin menjadi saksi kes jika anda sendiri tidak tahu hujung dan pangkal cerita sebenar...kpd yg komen...jaga bahasa anda...
Salam.
Setuju dengan yang diulaskan.
Hakikatnya, sekarang kepekaan terhadap agama makin dikesampingkan. Maka agama menjadi mainan. Islam dipersenda oleh bukan Islam sudah jelas, tetapi malang apabila orang Islam sendiri mempersendakan hal-hal agama.
Memang berdasarkan video tersebut, adegan itu dibuat2 untuk bersuka-suka hinggalah dirakam secara spontan. Apa tujuannya?
Begitu juga dengan video 'qunut' yang tersebar dan menjadi lawak jenaka...jelas mempersendakan ibadat sembahyang. Walaupun apa niatnya sekalipun.
Mudah2an ada pengajaran kepada semua. Kebencian dan makian yang timbul adalah daripada kebencian melihat Islam dipermainkan, apatah lagi oleh penganutnya sendiri. Itulah yang saya nampak daripada komen-komen yang terpapar dalam blog.
mendewa ; insyaallah. mudah2an ada pengajaran buat semua. :)
EMMM mintak izin nak share pose ni kt Fb sayer,, harap d Izin kan yer..
afi ; silakan la... maaf sbb lmbt online. busy sket... :)
Keep on writing, great job!
My web page - government mortgage help
Post a Comment