Thursday, September 30, 2010

random.

current mood ; grumpy.

list of the 'bads' for the day ;

  • forgot to set the alarm on and result in waking up late for class.
  • feeling sleepy throughout the grammar class.
  • my Malaysian Studies credit exemption issues risen again.
  • can't take a good nap for now because i had to finish up some work.
  • even if i take some nap, i might end up not coming to evening class.
  • i had to attend a test tonight and i haven't study for it.
  • only one week left until the finals.
  • some lecturers still being enthusiastic regarding the replacement class thou its only few days left.
  • had some issues with my environment but i can't let it out. great. [-.-']


but the good thing is , each and everytime i stumble upon those pictures...
during the foundation year and everything..
they still make me laugh when i don't even want to smile.

and yeah, makin hari dah makin banyak jatuh hati kt En. Kekasih Hati.  :)

Saturday, September 25, 2010

It hurts, so just leave me already !

"If you really want to go, just go. Stop with the feel 'bad' attitude which is trying to be nice like nothing is going on between us. I guess you didn't know that it hurts. I'm sick, and tired of facing it. Its been quite a few times already. I can break the chain for you if you want though its hard. No matter how, now I always hoped that I can turn back the time and make the chain as thin as a thread. So that it'll be easier if had to break it. I've always tried to make it better, you know. But you keep turning around and again, act like nothing happened. Have you ever wonder that it would be great, just great if you could just tell me when I asked you, that time. Guess now its too late. Now is the stage where even if u tell me, all I can say is I can forgive, but never forgets. Sorry."

The chain breaks. Officially.

and now, back to the same old same old weekend.
stick with the same old same old perception.

This kind of close relationship, is a bullshit.

Guess, I walk away now and starts to ignore. Goodbye.

Lelaki.

Perempuan cakap, lelaki ni 'complicated' sangat la. Susah nak faham. Lelaki pulak cakap, diorang simple je. Perempuan yang 'complicated'. Dari dulu sampai sekarang, masing2 salahkan satu sama lain tiap kali ada isu pergaduhan yg timbul. Ada yang pernah tanya Cik Penulis Blog, macam mana Cik Penulis Blog dpt kekalkn hubungan dengan En. Kekasih Hati tanpa gaduh2 besar mcm org lain tu? Tapi Cik Penulis Blog mls nk terangkan.

Sebenarnya, dua2 jantina x complicated langsung kalau kita perhatikan betul2.
*mengikut pendapat Prof. Cik Penulis Blog sahaja ok.*

Tips Cik Penulis Blog *utk wanita sahaja, lelaki punye tips lain kali* :

1. Percaya
Tau kan percaya tu ap? Hmm... Percaya kt sini mksdnye x payah nak buruk sangka ke ap. Pade pndangan mata Cik Penulis Blog, lelaki ni simple je. Kalau dia cakap nak pergi beraya ngan kawan, mmg tu la yg dia maksudkan. Tak payah penat2kan otak fikir kot2 dy g kua ngan awek lain ke segala. Buang masa. Kalau korang ngah kua sama2, pastu dia tinggalkan korang kt mane2 kedai mkn ke dan dia kua ke tempat lain sekejap... Pun korang xyh pening2 nk fikir bukan2. Tu mknenye dy ad surprise tuk korang, dia belikan hadiah birthday ke ap. Jd jgn tuduh bukan2. Lau korang susah hati sgt pun, tanye je elok2. Tak payah tuduh. Mendatangkan kemarahan je mcm tu.

p/s: tips ni bergantung pade personaliti lelaki tu jgk k. kalau dah terang2 nmpk laki tu playboy, yg korang nak ngan diorang tu watpe? mase dpn mmg x terjamin punye.

2. Hormat
Ni pun penting. Kalau korang amalkan sikap hormat pade kekasih hati korang, lelaki yg keras hati sayang kt bekas kekasih pun boleh cair ngan korang. Bile Cik Penulis Blog ckp hormat, maknenye jgn suke hati korang nk mesra2 segala dengan lelaki lain. Walaupun korang dgn lelaki lain tu xde pape, kekasih hati korang ttp akn kecik ati sbb nmpk seolah2 korang x hormat status dy sebagai kekasih hati korang. Lepas tu, walaupun kekasih hati korang x kongkong korang, korang bgtau jgk korang nk kua g mane segala. Sbbnye, bile korang buat cmtu... nmpk mcm korang mmg aggp dy mcm suami korang. Dy akn rase dihargai lau korang selalu hormat diorang. Yg paling penting, jgn sekali2 korang ckp kasar ngan kekasih hati korang. Marah cmne pun, tegur elok2. Jgn naikkn suara. Pemilihan perkataan yg digunakan tu penting okeh. Tone suara pun sbb lelaki sng naik angin. Kalau korang naikkn suara or ckp kasar segala, diorang akn rasa tercabar n diorang akn balas dgn lagi teruk. Tak percaya? Try la buat. :D

3. Pandai2 la ambil hati.
Yg ni mmg Cik Penulis Blog suke. Antara cara2 ambil hati yg paling berkesan, manjakan kekasih hati korang. Manja kt sini in terms of bile diorang ngadu sakit kepala ke ap, teman diorang sampai diorang tido ke. Kadang2 nyanyi tuk diorang. Sekali sekala buat surprise tuk diorang... Handmade card ke, xpun bg je hadiah. X semestinye ade birthday ke ap bru nk bg hadiah. Saje2 pun boleh. X semestinye yg mahal pun. Key chain yg ader ukir nama korang berdua pun da cukup berharga. Bile diorang bad mood ke, tanye diorang kenapa. Cuba faham perasaan diorang. Lepas tu, pandai2 la buat diorang gembira balik mcm cite bnde lawak ke, xpun yg paling senang... ikut cara Cik Penulis Blog... suruh kekasih hati korang sebut 'cheeeese'... sbb nmpk mcm senyum. Hehehe. Lepas tu korang ckp la... "kn comel bile dah senyum. tp kn sayang... lg comel kalau sayang senyum x payah pakai perkataan 'cheese' tu... mesti ayg jatuh hati punye." Seriously. Works every time. And yeah, mmg jatuh hati pun kalau dy senyum betul2. Hahaha.

4. Tolongla jangan mengada2 ngan kekasih hati korang.
Perkara yg paling selalu perempuan buat bile dah ada kekasih hati. Mengada. Bile Cik Penulis Blog ckp mengada, maksudnye... suke banding2kn kekasih hati korang ngan kekasih hati orang lain sbb nk hadiah lg mahal dari yg kekasih hati org lain bg. Lepas tu, suke jgk tuduh mende2 x munasabah dan diikuti dgn merajuk x pasal2 smata2 sbb nk kekasih hati korang pujuk. Selain pade tu, mengarah kekasih hati korang buat itu ini, hantar korang kesana sini mcm driver korang bile korang mengada2 ckp x larat jln la, angkt brg tu berat sgt la... dan byk lg. Serius. Kalau korang buat ni semua, korang mmg sbnrnye mintak penampar. Kalau kekasih hati korang x bg, Cik Penulis Blog yg bg.

_________________________________________________________

pesanan penaja ; kepada mereka2 yg bergelar 'ex' desperate, cukup2 la tu. korang yg x jaga kekasih hati korang elok2 mase dia ngan korang dulu. bile dia tinggalkan korang n ader kekasih hati baru, baru la korang nk terhegeh2. Tanye kenapa dia x cari korang la segala. cube fikir balik ap yg korang dah buat dulu. so skrg ape salahnye bia je dia bahagia. x payah nak kutuk2 bwk gosip dan fitnah segala kt kekasih hati baru dia padahal kekasih hati baru dia tu xde pun kaitan ngan perangai buruk korang, terutamanya perangai busuk ati.
_________________________________________________________


Hish, emo. sbb kaum2 bergelar 'ex' ni la kwn sebilik dgn Cik Penulis Blog menderita. Kesian tgk. Oh ye, Cik Penulis Blog pun pernah lalui kes mcm ni dulu. Sekarang pn ad jgk kot. Byk kali. Ngan ex-Cik Penulis Blog la, ex kepada ex-Cik Penulis Blog la dan banyak lagi. So kesimpulannye, jangan buat mende2 x munasabah. Hormat kekasih hati korang sbb satu hari nnt kalau korang kawen, dia yg akn jadi ketua keluarga. Train dari skrg utk x jd isteri derhaka. Hahaha. Jaga kekasih hati korang elok2.

Dan ye, memo dari Cik Penulis Blog... Cik Penulis Blog pun belum lg sempurna nk jd isteri org. Tu yg tgh belajar lg ni. Sape2 ader extra tips, bg la tau Cik Penulis Blog ok.

:)

Saturday, September 18, 2010

Selamat Hari Raya ! - part II

Lagi gmbar raye. Disebabkan dah lame x update blog, so korang tgk la byk2 update yg bakal di post kejap lg. Muahahaha. Okeh. Alkisah raya ke-2, sempat pegi beraya di rumah Cuna sahaja sbb ptg tu kne keluar beli barang tuk balas buah tangan mase org dtg merisik raye ke-3.


Gambar Cik Penulis Blog dgn Cuna. Hehehe. 
Ramai orang tau, jd cari port yg x de org sgt tuk bergambar.
Yg paling penting, berminat dgn piano kt blakang.
Da lama x main piano sampai dah x brape nk igt da chords sume.

:)


Ni pulak crew2 yg terlibat mase beraya ritu.
Dari kiri... Ida, Cik Penulis Blog, Nadiah and Jiha.
Err, ad lg sorang... Asiah. Tp dy photographer tuk pic ni.
So, she's not in the picture. 

Tak banyak gambar raya kedua. Mase pergi beli barang2 sume pn x sempat nk snap. Dok sibuk bincang warna la, riben la sume. But still, lau nak tengok cerita mase Merisik Day Raya Ketiga, usha2 la blog bridezilla k. Alkisahnye ader kat sana. Ngee ~

Friday, September 17, 2010

Excited !

Hari ni... Kejap lagi. Nak g usha lappy baru ! Giler x sabar walaupun hati sedih la jgk sbb lappy lame dah jahanam. Da la busy, lappy pn jahanam. Tu yg nk update blog pn x semangat. Err... Nk dikatakan lebih kurang mmg patut la pn lappy tu jahanam... dekat 7 taun da umo dy. 

Papepn, skrg ni nk membayangkn update blog pkai lappy baru ! Ngee ~

Wednesday, September 15, 2010

Selamat Hari Raya !

Rasenye belum terlambat lagi kot untuk ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Cik penulis blog neh sangatla busy smpai blog kesayangan pn boleh berhabuk. Tp kn, nk bgtau jgk ni.. *update secara lintas langsung dari hati* raye taun ni sgt sgt sgt la best ! Cik penulis blog selamat menjejakkn kaki di Taiping yg memegang honor sbg kampung halaman cik penulis blog pada hari Rabu, 8 September 2010 kira2 jam 3.00 ptg. Sebaik je letak beg dlm bilik, cik penulis blog dikerah untuk mengemas rumah dan pada malam harinya, mem'volunteer'kn diri untuk buat kuih raya. Serius ! Sedey tgk kt umah xde kuih raya. Maklumla, cik penulis blog anak tunggal perempuan. So, kalau cik penulis blog x buat kuih, mmg xde la. Mama cik penulis blog dah cukup busy kemas rumah segala. *mentang2 la raye taun ni banyak tetamu istimewa nk dtg.* 


Bersama keluarga di pagi raya.
Oh ye, kaler baju cik penulis blog x sama sbb x g shopping raye pn !
Uwaaa... busy sgt. tp xpe, untuk menyedapkkn hati...
Cik penulis blog dengan bangganya menyebarkan berita bahawa,
cik penulis blog cucu istimewa untuk raya taun ni. muahahaha.


Gmbr bersama sepupu segala... 
Kelaka giler mase ni sbb masing2 pose ala2 nk nasyid.





Antara gambar2 menarik di hari raya. 
Kalau masa kecik2 dulu asyik fikir duit raya je bile berjalan raye.
Tp sekarang fikir nak bergambar je. Ngee ~


Lastly, gmbr ni saje je nk promote cucu istimewa 
merangkap cik penulis blog sendiri.
Muahahahaha... ^_^

Kenapa raye taun ni best? Sebab dy meriah. Pastu banyak gambar raye and nervous org dtg merisik. Hahaha. Raye kedua pegi rumah Cuna. Mase pegi beraya kt rumah En. Kekasih Hati pun best jugak. 

Cmne pulak la gaye raya taun depan kn?

Monday, September 13, 2010

Ramadhan Episod 2

Okeh. Kali ni upditasi dari episod bertarikh 5 September 2010. Episod kali ni tak melibatkan nyanyian birthday sepanjang hari mcm kt Mr.Jack tu tapi lebih kepada makanan yg sedap yg kat bawah ni.


hoyeh ! Pasta Classic Carbonara ! Sedap.
Tapi cik penulis blog x brape minat mkn mende cheezy2 masam neh.
Jadi mkn pasta ni xdela smpai masuk tahap melantak mcm time mkn Nasi Goreng USA.


oh ye... lokasi berbuka puasa yg bertuah sbb trpilih masuk blog adalah.... 
Italiannies, One Utama.


Ni cik penulis blog dgn rakannya Shiqa.


Ni pulak lagi dua orang rakan yg turut menyertai majlis.
Cuna dan Nadiah.

Ader lagi sorang sbnrnye, Arvin. Tp sorry la, cik penulis blog xde gmbr anda. hehehe.


Pade hari yg same jugak, cik penulis blog dan rakan2 sempat buat marathon tgk cite King of Fighter dgn Step Up 3D kt GSC. Tp tu la... Hari ni jugak la saksi cik penulis blog termimpi2 baju Forever 21 yg sgt sgt sgt la comel tuh... Waaa... Lau bkn sbb nk jimat duit sempena nk brtunang neh, dah lama dah cekau baju tu. Harga rm100 + sehelai pun cik penulis blog x kire... *err.. ni natijah jd shopaholic yer*

Ngee ~

Saturday, September 11, 2010

Ramadhan Episod 1

Sapu sket.. Mop2 lg... Fuh... bersih sikit blog ni dari habuk. Semua update episod neh adelah alkisah2 yg trtinggal yg x sempat nk update sbb busy kehulu kehilir...

Episod 1 ni adalah alkisah pada 1 September 2010 yg mane sebahagian dari ahli kelas B.ED TESL 3A sibuk asyik menyanyi lagu birthday untuk Mr. Jack dari pagi... Asal nampak je muke Mr. Jack, mule la masing2 start nyanyi.... So, sempena birthday Mr. Jack.. Kitorang pn buat rombongan ke Uptown Damansara untuk sambut birthday... 


Ni adalah Mr. Jack alias Birthday Boy


Mr. Jack dgn hadiah birthday dy.. Magical Light that can grant a wish


ley femmes (the girls)


l'homme (the guys)

hari yg sgt best tmbh2 bile dpt mamam Mix Grill... gosh ! sedap ! mmg puas makan... hehehe. btw, Mr. Jack.... Happy Birthday to you !

Friday, September 3, 2010

Memang akan busy

Hari ni memang busy dengan assignment.
Esok busy dengan dating.
Lusa mungkin busy dengan kawan2.

Kesimpulannya, blog ni bakal berhabuk untuk sementara waktu. :)

Wednesday, September 1, 2010

Kata Hati: Dia Jodoh Saya

Orang mungkin anggap tipikal. Bercinta jer... sedangkan kahwin boleh bercerai... Apatah lagi kekasih hati. Tak2... Orang boleh cakap ikut suke mereka. Yang terasa bahagia tetap diri sendiri... Nak tau kenapa ?


Kata hati : 10 sebab kenapa cik penulis blog yakin encik kekasih hati adalah jodoh dia...
(based on notes 10 Petanda DIA jodoh kita oleh Hj.Abdul Samad)

  • Bersahaja
Kekasih hati sangatla bersahaja dan tak berlakon. Rileks je... Kalau dia segan nak cakap I Love You banyak2 kali dpn kwn2 dia, dia cakap direct je dia segan. Xde pun nak berlakon sebab nak jaga hati ke. Kalau time makan, amik nasi tinggi menggunung pn x kisah. Xde pun nak amik nasi sikit cover2 sbb time makan tu time tgh dating. Lepas tu, kalau dia sayang banyak... Dia akan pandang mata and ckp dia sayang kekasih hati dia yang merujuk kepada cik penulis blog seikhlas hati dy... sampai cik penulis blog pun boleh blushing nak menghadap panahan mata tu. Tp nak dengar punye pasal, muke merah mcm kena simbah dgn air panas pun cuba buat dunno jugak. Orang berlakon tak cakap 'sayang' sambil pandang mata dengan seikhlas hati dia. Confirm. cik penulis blog kenal sayang encik kekasih hati dia. :)

  • Senang bersama
Kisah cinta cik penulis blog dengan encik kekasih hati diukir setiap hari. Tak percaya ? Serius tak tipu. Tak kire la berapa jam pun cik penulis blog bersama dengan encik kekasih hati neh, tak pun pernah rasa bosan. Jauh skali nak rase tension. Dia pun macam tu. Semakin hari semakin sayang. Tiap2 hari wajib dengar suara. Sebab tu tiap2 hari bergayut. *call antara kitorang free okeh.* And walaupun tiap2 malam borak, kitorang tetap ada topik. X pernah jemu atau lost kata2. Bagi cik penulis blog dan encik kekasih hati, tiap2 hari adalah satu pengembaraan. Belajar sama2 untuk buat hidup lebih bahagia.

  • Terima kita seadanya
Cik penulis blog lebih banyak kelemahan berbanding diri dia. Tapi dia tak pernah ambil peduli tentang kisah silam diri sendiri. Dia cakap, "Sayang sekarang, bukan sayang yg masa dulu." Bagi dia, yang penting hidup kita sekarang. Dia cakap lagi, "Kelemahan boleh diperbaiki. Macam yang sayang tengah buat sekarang ni... Sayang belajar untuk jadi lebih sempurna." Bagi dia lagi, semua perubahan untuk diri sendiri. Macam mana diri sendiri dulu atau sekarang, baik atau buruk kisah silam diri sendiri... Semua tu bukan pengukur kasih sayang encik kekasih hati untuk cik penulis blog. Hati dia dan kelemahan cik penulis blog adalah dua benda berbeza yang langsung tiada kaitan...

  • Sentiasa jujur
Cik penulis blog sangat suka bila cakap pasal sikap jujur encik kekasih hati. Kalau dia tak suka dia akan ckp tak suka *dengan penuh kesopanan yer* dan vice versa. Kalau tanya pasal kisah cinta dengan bekas girlfriend pun dy akn jawab jujur. Lepas tu kalau tanya pasal kisah yang paling nakal pun dia cerita jujur jugak. Yang paling best, bila cakap pasal soal hati.... Dia jugak tetap jujur. Kalau masa mula2 bercinta dulu dia belum sayang cik penulis blog sepenuhnya sebab masih sayang kat bekas girlfriend... pun dia cerita jujur jugak. Tapi mase dia cerita dulu tu, diri sendiri tak berapa nak kisah lagi sbb baru lagi kn. Cik penulis blog siap tanya dia lagi kot2 kalau dia nak putus untuk simpan rasa sayang dia kt cik bekas kekasih. Kalau ye, cik penulis blog akan lepaskan encik kekasih hati. Manela tau kot2 dia terasa nak cari cik bekas kekasih balik ke. Tapi tak... Dia tak pilih cik bekas kekasih sebab dia cakap dia yakin dengan kata hati dia yang cakap satu hari nanti rasa sayang dia pada cik penulis blog akan jadi tak terkira banyaknye. Dan sekarang dah terbukti yang kata hati dia betul. Alhamdulillah dan terima kasih sebab pilih cik penulis blog.

  • Percaya mempercayai
Cik penulis blog percaya encik kekasih hati 100% walaupun orang cakap mane boleh percaya orang 100%. Tapi cik penulis blog tak kire. Kalau sekarang cik penulis blog kurang percaya dengan encik kekasih hati, sekarang jugak encik kekasih hati kena berenti belajar kt Kelantan tu and balik belajar kat sini. Lepas tu tiap2 satu jam tanya encik kekasih hati keluar dgn siapa, pergi mana, ader perempuan tak.. bla bla bla. Tak2.. Tak kuasa cik penulis blog nak buat mcm tu. Percaya sudah... Tak rugi apa2 pun sebab bile cik penulis blog percaya kat encik kekasih hati, dia akan rasa diri dia dihormati. So, sayang dy kt cik penulis blog akan bertambah dan dia akan lebih menghargai cik penulis blog. Habis cerita.

  • Senang bekerjasama
Cik penulis blog nak pergi shopping baju raya dengan encik kekasih hati. Lepas tu nak berbuka sama2 kat Kedai Kopi, Taman Tasik Shah Alam yang romantik ala2 candlelight dinner tu. Dah buka puasa nak ajak encik kekasih hati pergi I-City semata2 untuk tangkap gambar sebab I-City xde pape yg menarik pun selain lampu2 yang sangat2 cantik yang boleh menyumbang kepada power rabun silau ni naik. Tapi tempat tu pun ala2 romantik. Lepas raya cik penulis blog nak pergi cari kain untuk baju tunang dengan encik kekasih hati. Cuti semester nanti nak pergi beli cincin tunang sama2. Sekian, terima kasih. Noktah. :)

  • Memahami diri kita
Encik kekasih hati hafal segala penyakit yang ada kat cik penulis blog. Segala pantang larang disebabkan oleh tahap sensitiviti perut untuk mengelakkan cik penulis blog terlantar atas katil pun encik kekasih hati hafal. Encik kekasih hati faham yang cik penulis blog panas baran. Kalau cik penulis blog marah, cik penulis blog suka kecaikan barang. *sekarang da tak marah2 da.* Encik kekasih hati faham jugak yang bila cik penulis blog marah dengan encik kekasih hati, cik penulis blog akan senyap. Encik kekasih hati akan biar cik penulis blog cool down dulu. Lepas tu baru dia mintak maaf. *tapi nak kata dalam setaun cuma 3-4 kali je salah faham. Best kn?* Hehehe... Yang paling encik kekasih hati faham, cik penulis blog ni sangatla manja *dan mungkin mengada*. Sebab tu la tiap2 malam encik kekasih hati kena teman cik penulis blog tidur, kadang2 kena tolong nyanyi sebab cik penulis blog kadang2 ader insomnia. Ngee ~ Tapi encik kekasih hati cakap dia tak kisah. Dia suka. Bak kata dia, "Terasa macam diri dia diperlukan dan dihargai."

  • Tampilkan kelemahan
Encik kekasih hati kadang2 sengaja je.... lepas tu dengan muke selamba dia buat.... Kadang2 boleh gelak tak ingat bile dia cerita yang dia sebenarnya..... Okeh. Bab kelemahan tak boleh cerita. Ibarat mcm buka aib orang tu. Rahsia kita berdua je la, kan encik kekasih hati ? Hehehe...

  • Kata hati
Hati cakap memang encik kekasih hati jodoh cik penulis blog. :)

  • Solat Istikharah dan Tawakkal
Solat Istikharah tak buat lagi sebab rasa yakin dengan encik kekasih hati. Bila cik penulis blog dah usaha untuk kenal encik kekasih hati, cik penulis blog tawakkal je bile dia terima lamaran encik kekasih hati malam tu. Macam mana pun hubungan ni nanti, cik penulis blog terima. Yang penting usaha sama2 untuk buat hidup lebih bahagia.


Kesimpulannye, Encik Kekasih Hati adalah jodoh Cik Penulis Blog. 

Tamat.