Wednesday, September 1, 2010

Kata Hati: Dia Jodoh Saya

Orang mungkin anggap tipikal. Bercinta jer... sedangkan kahwin boleh bercerai... Apatah lagi kekasih hati. Tak2... Orang boleh cakap ikut suke mereka. Yang terasa bahagia tetap diri sendiri... Nak tau kenapa ?


Kata hati : 10 sebab kenapa cik penulis blog yakin encik kekasih hati adalah jodoh dia...
(based on notes 10 Petanda DIA jodoh kita oleh Hj.Abdul Samad)

  • Bersahaja
Kekasih hati sangatla bersahaja dan tak berlakon. Rileks je... Kalau dia segan nak cakap I Love You banyak2 kali dpn kwn2 dia, dia cakap direct je dia segan. Xde pun nak berlakon sebab nak jaga hati ke. Kalau time makan, amik nasi tinggi menggunung pn x kisah. Xde pun nak amik nasi sikit cover2 sbb time makan tu time tgh dating. Lepas tu, kalau dia sayang banyak... Dia akan pandang mata and ckp dia sayang kekasih hati dia yang merujuk kepada cik penulis blog seikhlas hati dy... sampai cik penulis blog pun boleh blushing nak menghadap panahan mata tu. Tp nak dengar punye pasal, muke merah mcm kena simbah dgn air panas pun cuba buat dunno jugak. Orang berlakon tak cakap 'sayang' sambil pandang mata dengan seikhlas hati dia. Confirm. cik penulis blog kenal sayang encik kekasih hati dia. :)

  • Senang bersama
Kisah cinta cik penulis blog dengan encik kekasih hati diukir setiap hari. Tak percaya ? Serius tak tipu. Tak kire la berapa jam pun cik penulis blog bersama dengan encik kekasih hati neh, tak pun pernah rasa bosan. Jauh skali nak rase tension. Dia pun macam tu. Semakin hari semakin sayang. Tiap2 hari wajib dengar suara. Sebab tu tiap2 hari bergayut. *call antara kitorang free okeh.* And walaupun tiap2 malam borak, kitorang tetap ada topik. X pernah jemu atau lost kata2. Bagi cik penulis blog dan encik kekasih hati, tiap2 hari adalah satu pengembaraan. Belajar sama2 untuk buat hidup lebih bahagia.

  • Terima kita seadanya
Cik penulis blog lebih banyak kelemahan berbanding diri dia. Tapi dia tak pernah ambil peduli tentang kisah silam diri sendiri. Dia cakap, "Sayang sekarang, bukan sayang yg masa dulu." Bagi dia, yang penting hidup kita sekarang. Dia cakap lagi, "Kelemahan boleh diperbaiki. Macam yang sayang tengah buat sekarang ni... Sayang belajar untuk jadi lebih sempurna." Bagi dia lagi, semua perubahan untuk diri sendiri. Macam mana diri sendiri dulu atau sekarang, baik atau buruk kisah silam diri sendiri... Semua tu bukan pengukur kasih sayang encik kekasih hati untuk cik penulis blog. Hati dia dan kelemahan cik penulis blog adalah dua benda berbeza yang langsung tiada kaitan...

  • Sentiasa jujur
Cik penulis blog sangat suka bila cakap pasal sikap jujur encik kekasih hati. Kalau dia tak suka dia akan ckp tak suka *dengan penuh kesopanan yer* dan vice versa. Kalau tanya pasal kisah cinta dengan bekas girlfriend pun dy akn jawab jujur. Lepas tu kalau tanya pasal kisah yang paling nakal pun dia cerita jujur jugak. Yang paling best, bila cakap pasal soal hati.... Dia jugak tetap jujur. Kalau masa mula2 bercinta dulu dia belum sayang cik penulis blog sepenuhnya sebab masih sayang kat bekas girlfriend... pun dia cerita jujur jugak. Tapi mase dia cerita dulu tu, diri sendiri tak berapa nak kisah lagi sbb baru lagi kn. Cik penulis blog siap tanya dia lagi kot2 kalau dia nak putus untuk simpan rasa sayang dia kt cik bekas kekasih. Kalau ye, cik penulis blog akan lepaskan encik kekasih hati. Manela tau kot2 dia terasa nak cari cik bekas kekasih balik ke. Tapi tak... Dia tak pilih cik bekas kekasih sebab dia cakap dia yakin dengan kata hati dia yang cakap satu hari nanti rasa sayang dia pada cik penulis blog akan jadi tak terkira banyaknye. Dan sekarang dah terbukti yang kata hati dia betul. Alhamdulillah dan terima kasih sebab pilih cik penulis blog.

  • Percaya mempercayai
Cik penulis blog percaya encik kekasih hati 100% walaupun orang cakap mane boleh percaya orang 100%. Tapi cik penulis blog tak kire. Kalau sekarang cik penulis blog kurang percaya dengan encik kekasih hati, sekarang jugak encik kekasih hati kena berenti belajar kt Kelantan tu and balik belajar kat sini. Lepas tu tiap2 satu jam tanya encik kekasih hati keluar dgn siapa, pergi mana, ader perempuan tak.. bla bla bla. Tak2.. Tak kuasa cik penulis blog nak buat mcm tu. Percaya sudah... Tak rugi apa2 pun sebab bile cik penulis blog percaya kat encik kekasih hati, dia akan rasa diri dia dihormati. So, sayang dy kt cik penulis blog akan bertambah dan dia akan lebih menghargai cik penulis blog. Habis cerita.

  • Senang bekerjasama
Cik penulis blog nak pergi shopping baju raya dengan encik kekasih hati. Lepas tu nak berbuka sama2 kat Kedai Kopi, Taman Tasik Shah Alam yang romantik ala2 candlelight dinner tu. Dah buka puasa nak ajak encik kekasih hati pergi I-City semata2 untuk tangkap gambar sebab I-City xde pape yg menarik pun selain lampu2 yang sangat2 cantik yang boleh menyumbang kepada power rabun silau ni naik. Tapi tempat tu pun ala2 romantik. Lepas raya cik penulis blog nak pergi cari kain untuk baju tunang dengan encik kekasih hati. Cuti semester nanti nak pergi beli cincin tunang sama2. Sekian, terima kasih. Noktah. :)

  • Memahami diri kita
Encik kekasih hati hafal segala penyakit yang ada kat cik penulis blog. Segala pantang larang disebabkan oleh tahap sensitiviti perut untuk mengelakkan cik penulis blog terlantar atas katil pun encik kekasih hati hafal. Encik kekasih hati faham yang cik penulis blog panas baran. Kalau cik penulis blog marah, cik penulis blog suka kecaikan barang. *sekarang da tak marah2 da.* Encik kekasih hati faham jugak yang bila cik penulis blog marah dengan encik kekasih hati, cik penulis blog akan senyap. Encik kekasih hati akan biar cik penulis blog cool down dulu. Lepas tu baru dia mintak maaf. *tapi nak kata dalam setaun cuma 3-4 kali je salah faham. Best kn?* Hehehe... Yang paling encik kekasih hati faham, cik penulis blog ni sangatla manja *dan mungkin mengada*. Sebab tu la tiap2 malam encik kekasih hati kena teman cik penulis blog tidur, kadang2 kena tolong nyanyi sebab cik penulis blog kadang2 ader insomnia. Ngee ~ Tapi encik kekasih hati cakap dia tak kisah. Dia suka. Bak kata dia, "Terasa macam diri dia diperlukan dan dihargai."

  • Tampilkan kelemahan
Encik kekasih hati kadang2 sengaja je.... lepas tu dengan muke selamba dia buat.... Kadang2 boleh gelak tak ingat bile dia cerita yang dia sebenarnya..... Okeh. Bab kelemahan tak boleh cerita. Ibarat mcm buka aib orang tu. Rahsia kita berdua je la, kan encik kekasih hati ? Hehehe...

  • Kata hati
Hati cakap memang encik kekasih hati jodoh cik penulis blog. :)

  • Solat Istikharah dan Tawakkal
Solat Istikharah tak buat lagi sebab rasa yakin dengan encik kekasih hati. Bila cik penulis blog dah usaha untuk kenal encik kekasih hati, cik penulis blog tawakkal je bile dia terima lamaran encik kekasih hati malam tu. Macam mana pun hubungan ni nanti, cik penulis blog terima. Yang penting usaha sama2 untuk buat hidup lebih bahagia.


Kesimpulannye, Encik Kekasih Hati adalah jodoh Cik Penulis Blog. 

Tamat.

6 comments:

Hairil Rizal said...

Dari description Kekasih Hati tu, insyaAllah akan jadi kenyataan lah impian d'Fedrin tu.

Jaga dia elok2 tau.. lelaki baik sukar dicari dizaman ini. Zaman lps ada.. macam saya. Kakaka!

d'Fedrin said...

hehehe... insyaAllah...
tolong doakan kebahagiaan cik penulis blog ni eh...

kalau impian cik penulis blog nk naik jinjang pelamin tercapai.. kwn2 bloggers yg tolong doa ni pn akan dijemput..

ngee ~ :)

Days said...

cik penulis blog nanti kenduri jemput jiran blog ok hehehe

d'Fedrin said...

ofkos... hehehe... kwn2 blogger x kn tertinggal.. :D

* nnt kt atas pelamin boleh sambung2 lg kutuk hell... hahahaha...

sunglasses said...

semoga jadi kenyataan best of luck

d'Fedrin said...

sunglasses ; thanks a lot. :)