Monday, November 15, 2010

Our True Love Story {CST Production}

Awak kenal tak? Ni diari kita. Eh, bukan... Diari saya, kisah kita.

Mei 2009
Masa hari tu, saya excited sangat. Biasa la, tunggu mama datang ambil untuk cuti semester. Barang semua dah pack. Bila mama sampai je, dia cakap lepas ni tak terus balik Taiping. Singgah rumah makcik saya yang tinggal dekat kampung halaman awak tu. Saya kecewa sekejap masa tu sebab dah rindu sangat dekat rumah kesayangan. Tapi, tiba-tiba saya teringat dekat awak. Kalau dah pergi kampung halaman awak,, mama mesti singgah rumah keluarga awak. Hmm.. Apa khabar awak... Ye la, dah lama kan kita tak berhubungan. Lebih kurang tiga tahun rasenye... Lepas teringat dekat awak, terus saya senyum. 

Awak faham kan kenapa saya senyum?

Malam tu saya singgah rumah awak. Lepas balik dari rumah makcik saya. Saya tercari-cari jugak awak masa mak awak jemput saya dan keluarga minum teh yang mak awak hidang. Tapi awak tak ada. Mak awak cakap awak keluar. Eh, saya tak tanya mak awak tau. Saya curi-curi dengar masa mama saya tanya pasal awak dekat mak awak. Banyak lagi yang saya curi-curi dengar. Tapi pasal awak jela. Mak awak cerita yang awak dah habis belajar, dah kerja... rumah awak yang tengah buat tu. Macam-macam. Saya senyum lagi bila dengar cerita pasal awak. Lepas tu, saya dengar pulak mak awak cerita pasal rumah keluarga awak kat Ipoh. Awak tahu? Senyum saya lagi lebar bila saya dengar rancangan mama saya dan mak awak untuk balik sama-sama dan singgah rumah awak kat Ipoh tu. Saya senyum. Lama, sebab saya tahu awak mesti ada. 

Banyak kan saya senyum? Nasib baik tak 'kantoi' yang saya gatal kat anak orang sebab saya pandai cover line. Masa awak bagitahu saya yang awak sebenarnya tahu keluarga saya datang, saya nak marah awak tahu tak? Sampai hati awak. Tapi lepas tu saya gelak sebab alasan awak kelakar sangat. Tak sangka awak keluar sebab tahu saya ada. Segan nak jumpa saya... Tapi tak mustahil yang awak segan dengan saya bila saya teringat balik kisah kita masa mula-mula jumpa... Eh, mungkin bukan jumpa.. Masa mula-mula kenal...

Disember 2005
Masa tu saya masih dalam kereta.
      "Hai."
      "Siapa ni?"
      "Ali."
Saya dapat mesej. Saya tak kenal siapa Ali. Tapi saya dapat agak tu awak sebab saya baru je gerak balik dari rumah awak. Saya tahu Cik Jah ada anak lelaki dan tak salah saya nama dia Ali. Saya tak pasti jadi saya tanya mama nama anak lelaki Cik Jah. Lepas tu saya balas mesej awak lagi.
      "Anak Cik Jah ye?"
      "A'ah."
Saya bagitahu mama pasal awak. Ye la, saya pun pelik kenapa awak tiba-tiba mesej saya. Mama cuma gelak. Masa tu baru saya tahu kisah saya dan awak. Mama cakap, masa saya baru umur 40hari... Mak awak yang jadi pengasuh saya waktu mama kerja. Masa mak awak sibuk memasak ke, sidai kain ke... Awak yang tolong buaikan saya tidur. Bila saya lapar, mak awak letak saya kat riba awak supaya awak boleh bagi saya minum susu. Pandai awak jaga saya walaupun umur awak baru dua tahun. Saya rasa awak comel bila mama cerita awak selalu bawa saya jalan-jalan sambil pegang tangan saya sejak saya pandai jalan. Nakal ye awak? Mama bagitahu saya awak marah kalau orang nak pegang saya sebab saya adik awak... Tak sangka, saya ada kisah macam ni dalam zaman kanak-kanak saya.

Saya selalu pening kepala bila mesej dalam kereta, sebab tu saya telefon awak tak lama lepas awak mesej saya tu. Tapi awak tak angkat. Bila saya mesej awak tanya kenapa, awak cakap awak segan nak cakap dengan saya. Sejak dari hari tu, lebih kurang setahun kita berkawan... Tapi saya tetap tak pernah dengar suara awak. Pemalu betul awak kan?

Jun 2009
Saya senyum lagi, hari ni. Awak tahu kenapa? Sebab saya tak sangka awak ingat saya. Tak sangka awak sentiasa ingat saya. Saya tak tahu macam mana saya patut respon masa awak cakap saya comel pakai gaun cream dan orange bile saya datang rumah awak hari tu. Masa saya datang rumah awak pakai gaun tu, umur saya baru 10tahun. Saya darjah tiga. Saya gembira bila awak ingat saya. Awak siap ingat baju apa yang saya pakai setiap kali saya datang ziarah keluarga awak. Terharu saya. Tapi, saya minta maaf sebab dulu saya tak ingat awak. Masa mak awak berhenti mengasuh saya sebab keluarga saya berpindah, umur saya baru dua tahun. Ingatan saya masih belum kukuh. 

Awak tahu tak yang awak ni menakjubkan? Umur awak baru 4tahun masa keluarga saya berpindah. Tapi, sampai besar awak ingat saya kan?

Julai 2009
Sejak dari hari keluarga saya balik dengan keluarga awak ke Ipoh tu, Alhamdulillah... Persahabatan yang terputus dulu dah terjalin semula. Tapi, maaf... Saya rasa serba salah sangat dengan awak. Awak mesra dengan saya. Awak baik. Perasaan sayang saya pada awak 3tahun dulu berbunga balik. Maaf saya tak dapat nak balas luahan hati  awak. Saya dah berpunya. Saya hormat status kekasih saya walaupun saya dipaksa bekerja untuk dia. Saya sebenarnya tak nak, saya nak pergi jauh dari dia. Tapi saya tak ada pilihan.. Dia pukul saya. Dia tampar saya. Dia tumbuk saya. Maaf sebab saya terpaksa rahsiakan dari awak sebab sebenar kenapa saya sedih. Saya tak perlukan simpati. Perlahan-lahan, saya akan cuba uruskan masalah saya sendiri.

Awak terkejut kan masa saya cerita pada awak kisah sebenar tentang dia, hari tu? Terima kasih atas usaha awak untuk gembirakan saya. Saya terharu.

September 2009
Setahun saya kumpul keberanian saya untuk tinggalkan dia. Akhirnya saya berjaya. Tapi dia ugut saya. Saya tertekan. Saya hampir-hampir putus asa. Tak tahu nak luahkan pada siapa. Awak, terima kasih. Mesej awak seminggu lepas saya putus tu betul-betul ubah perasaan saya, hidup saya.
      "Nana nak kahwin bila?"
      "Entah. Kalau ada calon, mungkin dua tahun lagi."
      "Sekarang tak ada calon ke? Nana kan ada kekasih."
      "Dah putus."
      "Bila?"
      "Seminggu lepas."
      "Yeke? Macam mana nak kahwin? Calon tak ada."
      "Suruh mama carikan... :p"
      "Kalau macam tu, lagi dua tahun Ali datang meminang Nana."
      "Hahaha... Iye? Tak baik la main-main."
      "Betul la. Tak main-main."
      "Serius? Nana tunggu nanti."
      "Iye. Nana tunggu la. Lagi dua tahun."

Dulu saya tak pernah tahu pun yang hidup ni boleh jadi best. Memang tak ada unsur sinis dalam ayat ni. Memang maksudkan dulu... Zaman hidup ni selalu tertekan dengan ugutan. Masa tu ingatkan hidup ni macam 'go with the flow' je. Tak pernah pun terfikir nak buat benda-benda menarik ataupun cuba perkara baru. Tapi, lepas saya mula kenal diri awak... maksud saya, belajar untuk jatuh cinta dengan awak... setiap hari rasa macam excited. Tertunggu-tunggu khabar dari awak. Tak sabar nak tahu hari esok macam mana.

November 2010
--- He was like an angel, you know? I was never knew life could be like that. He was the one thing I followed through in my life, the one thing I never give up on. I was good at loving him. (The Untamed Heart) ---
      Saya suka sangat dengan kata-kata ni. Setiap kali saya baca, saya mesti tiba-tiba masuk dalam mode flashback. Lepas tu, hati saya mengada-ngada nervous lebih sampai jantung saya jadi dup dap dup dap macam orang lumba lari. Dalam hati saya, awak dah memang 'hero' saya... Macam bidadari versi lelaki. Banyak yang awak ajar saya dalam masa setahun lebih kita bersama ni. Disiplin, agama... Terima kasih sebab jadi lelaki yang sangat mengambil berat. Saya boleh jadi berbunga-bunga dengan cara awak jaga saya. 
      Bila saya tengok balik kisah-kisah kita yang lepas, ada macam-macam benda sebenarnya yang saya patut bersyukur tapi saya tak buat. Banyak jugak fakta-fakta di keliling saya yang saya tak sedar. Contohnya, awak adalah kawan lelaki saya yang pertama. In fact, awak lah kawan saya yang pertama. Walaupun saya tak ingat kisah kita masa kecil dulu, saya yakin... Awak kawan yang baik sebab jaga saya elok-elok. Bila dah besar pun awak jaga saya elok-elok jugak. Terima kasih, awak.

Panjang kan surat saya untuk awak?
Awak tolong doakan semoga kisah cinta kita ni
kekal istimewa di hati kita ye? :)

Tak sangka tempoh dua tahun untuk datang meminang yang awak cakap dalam mesej awak dulu dah dicepatkan kepada setahun. Terima kasih sangat-sangat sebab pilih budak nakal yang keras kepala ni dan buat dia bahagia. Insyallah, saya akan jaga elok-elok cincin tanda yang awak hantar masa merisik dan meminang saya hari tu. Lepas ni, saya nak tulis entri diari bertarikh 01.01.2011 pulak... sempena Majlis Pertunangan kita nanti. Awak tunggu tau...

p/s: Saya sayang awak.



_________________________________________________
based on a true event. my own love story.
written for the courtesy of a contest by CST Production (http://www.facebook.com/cstproduction)

12 comments:

nur said...

so sweet.. terpana jap baca.. good luck
ALL IN ONE

d'Fedrin said...

hehehe... thanks.

:)

weewy boffin . said...

woohoo , sweet !

d'Fedrin said...

hahaha.. semangat u komen.. mcm la x penah dgr cite i sblum ni... hehehe. segan I nak post mushy mcm ni.. naseb contest nyer pasal..

thanks btw..

:p

Dewi's Artwork Station said...

sweet :)
muga kekal

d'Fedrin said...

thanks.. :D

Emilia Emira said...

mcm novel~huhu semoga berkekalan..amin...

d'Fedrin said...

hahaha.. thanks.
amin.

:)

Dia.Honey said...

tahniah2 ..moga kekal!

d'Fedrin said...

hehehe... thanks, amin... :)

roe said...

salam d'fedrin,

just to let u know that ministry of moment pun tgh buat contest. winner gets a photography package worth RM2,000. Jemput join ya? Contest details di blog roe :)

btw, love yr story. yr guys sounds like a nice man.. :)

d'Fedrin said...

Hahahaha.. InsyaAllah..
Kalau ad idea nnt ad la tu I join..
Thanks for the info...

and thanks for reading story I..
:D