Tuesday, August 31, 2010

Merdeka !

*ding dong ding dong*

Tepat pukul 12 mlm jam tinggi yg mcm dlm horror movie slalu tu berbunyi.
Terkejut seyh... Cepat2 bukak mata... Sape tak rase seram ?

Eh xde, xde... ngee ~

______________________________________________

Xdela... Kat UNISEL ni xde jam tinggi yg berdentang dentung neh... Yg ader cume bunyi letupan mercun ibarat mcm dlm medan perang konon2 sbb nk bakar semangat patriotisme. Nak pegang gun x dpt. Jauh skali nk dgr bunyi tembakan. Jadi berbakul2 la mercun dibakar dan dibaling ke arah roundabout sbb nk lawan bunyi mercun siapa yg paling kuat. Bayangkan je tu bunyi tembakan. Tak pun bayangkan bunyi letupan meriam mcm yg Kapten Jack Sparrow suh dak2 kapal dy tembak mase nk lawan dgn Flying Dutchman dlm Pirates of the Caribbean tu. *ade ke scene tu?* Argh... Ni semua angkara asrama jiran sebelah. Mata yang dah lelap mula mintak2 suruh berjaga tuk update blog.

Sempena Hari Merdeka ni, cik Nana d'Fedrin selaku owner blog neh nk mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yg ke 53 pade sume rakan2 yg dikenali dan jugak rakan2 bloggers walaupun mlm smlm emo banyak2 sbb Mr. HeartGardenias cancel nk keluar sama2 hari neh. Adik Mr. HeartGardenias ader exam so dy tggu hari Sabtu bru boleh bwk diorang shopping raye ngan diri sendiri skali.

Sekolah mane yg gatal nk buat exam time hari cuti am terpenting negara neh ?

Xpe2... Sekolah tu xnk bagi chance walaupun dah 3bulan lebey tggu peluang nk jumpa ni. Xpe. Jiwa patriotik punye pasal, x elok emo2 hari merdeka ni. So, kepada mereka2 yg g smbut Merdeka tu... Berhati2 la di jalan raya sbb rasenye traffic kt jalan raya realiti *bukan traffic bloggers ye* confirm sesak. :)


Selamat Menyambut Hari Merdeka yg ke-53 semua !

Black and White Contest

Funny. Mule2 share link contest ni kt membe. Lepas tu, diri sendiri kena tagged balik. So, for the sake of that tagging action... Here's the picture for the contest...


Description : This is actually a simple photo of mine, taken with Sony Ericsson Cybershot 3.2MP camera. The trick is that I've done some editing with the picture using Adobe Photoshop CS3 to make the picture smoother and the skin glowing. One of the most obvious effect is the motion blur that I've put behind me.

I guess that's all. I'm not much of a photographer thou... Sorry if its not too good but this is the best picture that I can come up with. 

And as for the tagged, Syafiqah Kadar... will you please join the contest for me ? :)

Sunday, August 29, 2010

Ladies only at all TIMES

Kalau korang kenal, tagline kt atas tu untuk aper ?


Yep2. Betul, tagline koc wanita ktm komuter. Walaupun dah bertaun dok kt selangor ni, jarang2 sbnrnye kuar. Selalunya kuar bile balik hometown je. *mane tak nyer,UNISEL ni jauh kt hulu* So, sebagai pengumuman... hari ni adalah kali pertama menjejakkan kaki dalam koc wanita walaupun mende ni da lame da ader. Mase beratur nk tggu ktm smpai tu, tipu la kalau x rase excited.

Time menunggu xnk kalah. Nak kt depan je. Lepas tu usha2 kiri kanan. Tersenyum je bile nampak semua ladies yang menunggu kt area ladies koc ni. Sekali lagi ditekankan, yang menunggu. Sedih... Kecewa tahap dewa punye bile jejak je kaki masuk dalam koc tu, nampak ader lelaki yg mmg dah ader dlm koc tu pn and yg baru jejak kaki masuk. Adekah ni perasaan diri sendiri atau memang betul rakyat Malaysia suka buat hal sendiri x pedulikan peraturan dan orang sekeliling ? Korang yang lelaki2 ni cube fikir balik kenapa koc wanita tu diwujudkan? Pernah dengar pasal tak sexual harrassment ?

Kalau tak tahu sexual harrassment tu ap, pergi cari kt google. Seriously, rase nak menangis je bile trkena those kinds of sexual harrassment. Tak faham betul kenapa... Antara sebab2 terpenting yang membuatkan korang nampak bebal kalau buat jugak adelah...
  • Sementara komuter tu nak sampai, berbuih mulut akak KTM komuter tu buat pengumuman "Koc tengah adalah koc wanita sepanjang masa.The middle coach is the ladies coach at all times." Sepanjang masa, beb. At all times.
  • Bile komuter tu dah sampai lak, boleh dikatekn kt setiap tingkap dy tmpal sticker ladies coach. Kt belah dalam pn dy tampal.
  • Kalau ader lelaki masuk, semua prmpuan kt dlm tu akn pandang dengan penuh disgust kt lelaki2 neh. *walaupun td dpt cuci mata kejap sbb ader mat saleh hensem tak ingat masuk dlm coach tu* Still, even how handsome you are, as long u are a guy, u are not allowed in ladies coach.
  • Dan obviously, kt IC korang mesti tulis korang lelaki kn ?

So kenapa duduk kt coach wanita ?

To lelaki2 yg suke masuk coach wanita ni, korang fall into which category ? Sexually desperate or uneducated third class mentality peoples ?



p/s: note that this is not applied to every and each guy in the world. Only some of them thou.

Saturday, August 28, 2010

Aduhai, Stalker !

Kalau dah ada blog, menipu la kalau tak ada stalker kan. Kalau yg tinggal jejak confirm x tergolong dalam golongan stalker. Golongan STALKER ni terdiri daripada golongan yang sekadar membaca dan langsung x tinggalkan jejak. Dalam kata lain, diri sendiri tak tau pun yang diorang ader bace blog ni. Golongan stalker ni x semestinye pada pembaca blog yg x tinggal jejak je...


Golongan yg suke tgk gmbr awek2 comel / lelaki2 tampan kat Facebook pastu save dlm laptop diorang tanpa pngetahuan owner pn dikira stalker. Golongan yg senyap2 follow awek rupa bidadari / jejaka kachak smpaikan kt mane awek2 dan jejaka2 ni ad, diorang pn ader termasuk jugak dlm golongan stalker.
___________________________________________________

Stalking is a term commonly used to refer to unwanted, obsessive attention by individuals
(and sometimes groups of people) to others. " [Wikipedia]
_____________________________________________

Peringatan untuk korang... Jangan sekali2 jadi STALKER. Kalau nk save gmbr kekasih hati tersayang mcm suami, xpe. Kalau boyfriend ngan tunang pn kne mintak izin. Stalker ni merbahaya, tambah2 bile korang boleh jadi addicted dgn perangai ni.... Peringatan jgk, kalau rase2 ader orang stalk korang, sile berhati2. *sbb dah dpt kenalpasti beberapa org stalker tuk blog ni.* Antara bahayanya stalker...
  • Perangai stalking ni selalunya berkait rapat dengan harrassment (ugutan)
  • Boleh mewujudkan perasaan takut kepada bahaya yang sangat extreme hingga korang tak boleh hidup dengan tenang.
  • Stalking kalau repeated boleh jadi abusive. *yep, abusive. kalau x caye cube cari fakta ni dlm Wikipedia.*
  • Macam pembaca stalker pulak, diorang boleh baca blog korang lepas tu tokok tambah sket cerita dari entri blog korang yg mane diorang x faham spenuhnye pn sbnrnye sbb entri tu ditulis dlm bahasa inggeris. Bile dah tokok tambah, mule2 sesi kutuk blakang2 ngan boyfriend dulu. Lepas tu masuk fasa kedua yg mane kecoh2 kt status facebook diorang / wall facebook boyfriend atau orang lain ckp kite mcm ni la, mcm tu la... X cukup ngan facebook, tulis pulak kt blog diorang. Pastu hebah kt kwn2 ckp ader cerita panas dan bla bla bla... fitnah mengatakan korang ni poyo la, mengada, gedik, etc. semua pn tersebar. Korang yg lepas tu dpt tau pasal ape yg stalker ni buat panas ati je, dendam smpai mati. Kalau stalker tu mintak maaf time raye pn xnk maafkan.. Hahahahahahahaha... *pe motif diorang wat cmnie pn xtau.*


Kesimpulannya, stalker ni bahaye kn kn kn? Boleh buat hidup korang tak tenang. So, jgnla jadi stalker. Xde sape nk marah kalau korang mintak izin nak bace blog diorang. Takyah follow pn xpe. Tinggal jejak pn cukup. Err... dan jugak berhati2 dengan stalker.


p/s : sekali lagi peringatan yg maklumat dlm entri adalah olahan diri sendiri. Info dari sumber lain adalah info yg di 'quote' kan / diberitahu... :)

Friday, August 27, 2010

Nuffnang Cool !

Siapa tak tahu Nuffnang ? Nuffy comel tu. Rasenyer semua orang yg menceburi dunia blogging ni mesti tau pasal Nuffnang *Asia Pacific's First Blog Advertising Community*. Hehehe... Kalau nak tahu, dulu malas nak letak Nuffnang semua ni... Tetibe start 18hb August hari tu, terdetik pulak nk daftar jd nuffnangers. Kalau nak ikutkan, baru 9 hari yang lepas. Yg best nyer, semenjak jd nuffnangers semangat nk update dan berdedikasi kt blog bertambah... Resultnyer....


Dulu nak dapat 10 unique visitor (UV) sehari pn merangkak. Sekarang *sejak bertambah dedikasi* chart neh nmpk comel je di mata... Hahaha. Ader tinggi ader rendah... Yg tengah2 pn ader... :D


Macam tak percaya, dedikasi dalam masa seminggu berjaya membuatkn dari merangkak nk dptkn 10 org pelawat blog neh kepada 50+ people sehari. Chart kt atas ni tunjukkn dari 12am smpaila 4pm hari ni dah ader 51 pelawat. Tak sabar nak tunggu result untuk 24hours. Harap2 prestasi mcm ni dpt dilipat gandakan untuk masa akan datang. Bertambah2 berdedikasi la mcm ni. Great ! :)

*Terima Kasih Nuffnang sbb buat diri sendiri jd dedikasi*



UPDATED
Jumlah keseluruhan mencapai 75 unique visitor.

Thursday, August 26, 2010

Isu 'Gadis Bertudung Persenda Zikir'

Kalau ada yang perasan, dah ramai yang sebarkan video tentang " Gadis Bertudung Persenda Zikir." dengan mengatakan ia sebagai peringatan kepada generasi muda yang lain supaya tidak mempersendakan agama. Jujur diri sendiri cakap, kurang setuju dengan tindakan penyebaran video " Gadis Bertudung Persenda Zikir " ni. Bukan kerana diri sendiri menyokong perbuatan mempersendakan agama yang terang-terangan salah tapi kerana isu membuka aib yang timbul.

____________________________________________________________
Berdasarkan artikel dari Gedung Ilmu, aib ialah mengatakan sesuatu kekejian, keburukan orang. Hukum mengaibkan orang ni adalah haram. *seperti juga hukum mengumpat* Jika untuk diijadikan iktibar jangan beritahu siapa nama orang yang telibat. *dalam kata lainnya jangan dedahkan identiti mereka*


Hadis Rasulullah SAW;

"Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu
walaupun didalam rumahmu sendiri."

____________________________________________________________

Diakui, memang gadis2 bertudung di dalam video ni bersalah kerana mempersendakan agama tetapi ini tidak bermakna aib mereka harus dibuka. Bukankah lebih baik sekiranya wajah mereka di'blur'kan dahulu sebelum di upload di ruangan siber supaya identiti mereka dapat dirahsiakan. Ingat, tujuan video ini disebarkan adalah sebagai peringatan supaya tidak mempersendakan agama. Oleh itu, siapa mereka atau bagaimana rupa mereka bukanlah aspek yang perlu kita tekankan sebaliknya perbuatan mereka yang harus diambil kira. Dengan 'blur' kan wajah mereka tidak bermakna kita xkn dpt mesej yang ingin disampaikan. Kita masih boleh lihat dan dengar perbuatan mereka yang mempersendakan agama.

Sekiranya masyarakat zaman sekarang masih mengambil berat, adalah lebih baik sekiranya isu ini diketengahkan di mana2 pejabat agama atau pihak yang lebih berkuasa berbanding penyebaran video yang mengaibkan ini. Sebagai peringatan kepada rakan2 seagama yang lain, mungkin cukuplah hanya dengan menulis satu artikel pendek berunsur tazkirah tentang mempersendakan agama dan meletakkan kisah perbuatan mereka sebagai contoh tanpa menyebarkan video mereka. Oleh itu identiti mereka dapat dirahsiakan. Kita mempunyai banyak pilihan cara untuk berdakwah dan bukan hanya dengan penyebaran video mengaibkan seperti ini.

Yang paling buat diri sendiri terkilan, masing2 menegaskan pendirian penyebaran video ini adalah sebagai peringatan kepada rakan2 seagama yang lain tetapi komen2 yang diberikan oleh mereka adalah berunsur cacian dan makian. Dimana nilai dakwah atau teguran membina yang sepatutnya kita galakkan ? Sekiranya hanya cacian dan makian yang keluar dari mulut mereka, bukankah mereka patut muhasabah semula tujuan sebenar mereka menyebarkan video ni ?

Dan jangan pulak ibu bapa, warga pendidik, sekolah, etc. yg dipersalahkan. Tak sepatutnya wujud persoalan mereka sekolah mana, anak siapa. Yang sepatutnya kita lihat adalah tahap moraliti kita dan mereka. Mungkinkah satu hari nanti kita juga akan melakukan kesilapan seperti mereka ? Siapkan diri kita. Hayati pengajaran yang sepatutnya kita terima dan bukannya memberi kejian semata2.

Untuk gadis2 ini.... Diri sendiri pasti yang korang semua sedar kesalahan korang. Kawan2... Ambil iktibar dan jangan lakukan sesuatu yang melanggar etika beragama dan moraliti. Isu mempersendakan agama bukannya isu sensitif hanya untuk Agama Islam tetapi agama2 lain juga.

*wallahualam*


p/s : yep... sedar... post kali ni berunsur ceramah sikit dan diri sendiri tau yg diri sendiri pun tak berapa sempurna. Sekarang masih lagi mencuba untuk kearah yg lebih baik. Tp tu la... kadang2 pendapat lebih baik disuarakan. Alhamdulillah sekiranya ada yang mendengar. Maaf sekiranya ada yang tersinggung atau bahasa yang digunakan kurang disenangi. Dan sila ambil perhatian, post ni adalah berdasarkan pendapat diri sendiri yang tiada kaitan dengan yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

nak buat semua ni


tau... tak yah cakap pun tau. kalau nak dapat kena kawen dulu.
So Mr. HeartGardenias, cepat2 kumpul duit okeh.


*menunggu dengan excited ni*

Wednesday, August 25, 2010

Mengkaji Jenis-Jenis Status di Facebook

Facebook tu best. Tak tipu. Memang rase best sbb tu ramai [giler] orang pakai Facebook. Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa. Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan. [Wikipedia, Julai 2010] So, tahu tak ape bende yg setiap minit ade je orang *update* kt Facebook tu ?


Status. Setiap wall Facebook mesti ada status. Kadang2 setiap 30min ada status baru dalam wall yang sama. So status mcm mana yang diorang [and diri sendiri] selalu letak ?

  • Status berunsur " Apa aku buat hari ni? "
Status yg paling common. Tak susah sbnrnye nk kenal status jenis mcm ni. Agak2 status tu menceritakan tentang akiviti yang dy telah, sedang atau bakal lakukan... memang confirm dy jatuh kt kategori ni. Kalau nk contoh jgk, mcm... hout..hout...hout! chow dlu..nak balik bukak puase..hehehe..kpd korg, Selamat Berbuke! adiossss~ atau mkan jom...lapar la...huhuhu.

  • Quotes atau dalam kata lainnya Mutiara Kata atau yang sewaktu dgnnya.
Selalunya org letak stats mcm ni sbb ayt tu sangat beautiful and diorang fall in love kt ayat tu or sbb nk being general. Mksdnye xnk tunjuk personal feelings or in other words, secretive. Kadang2 letak quote2 mcm ni sbb xde idea nk tulis ape. Antara quote2 paling comel yang bernafas di wall Facebook adalah, When I had all the answers, the questions changed. dan Some say, better things will come our way.. no matter what they try to say, you were always there for me...

  • Status [penuh] emosi.
Selain , Facebook juga merupakan salah satu medium untuk meluahkan perasaan [terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai blog] macam yang diri sendiri kadang2 buat. Kadang2 je okeh... Unsur emosi ni tak kisahla unsur mcm mana pn... Marah, sedih, gembira, excited, geram, etc macam status2 Facebook ni, aku play boy , puas hati ? or sakit ati eh.....xphm2 ke??? dan juga ahahahahahahah!!!! segala uJian2 BertuLIs 1 aku kini telah tamat! aku bebas...aku bebas...aku bebaaaaasssssss!!!!!! Bile kite tulis stats and ada org comment suruh saba ke ap... Somehow dy rasa comforting. :)

  • Events / Wishes
Macam yg korang nampak... Status berunsur wishes ataupun events mcm birthday ke, anniversary ke... stats berunsur doa pn boleh masuk kategori ni sbb wishes kn... Macam status ni, hey, rase seronok la duduk cnih! sumpah tak tipu! :) ya Allah, lepas segala macam perasaan tak tenang yg Kau duga kan ke atasku, aq bersyukur dgn perasaanku yg lebih baik kini. aq bersyukur, terima kasih ya Allah :) dan status yang ni jgk biLa rAmadhaN tibE,t'tutupLah nErAkA n t'BuKaLAh syURga.b'tiupLah aNgin sYirah & ALLAH bersumpAh dgN kEbesAraNya, aKan t'ampunLah dOsa org Yg b'PUASE.. SELAMAT bERPUASE SMUE!! Kalau korang perasan, start masuk bulan puasa... Banyak status wishes ni. Mcm raya nnt jgk. Kite tggu okeh.

  • Status [sweet] berunsur lovey duvey.
Seronok bile baca status mcm ni. Especially bile status tu ditujukan buat yang tersayang. Ada jgk org yg single post status2 mcm ni, so jgn salah faham ye. Antara status2 yang boleh buat orang tersenyum dan masuk in-love mode adalah Husband saie kuat tdo mcm mane ni xD comel sangat ni! mysm bunny. atau Demi nama cinta, telah ku persembahkan hatiku hanya untukmu, telah ku jaga kejujuran dalam setiap nafasku... Element-Cinta Tak Bersyarat.

  • Gossip
Sebenarnya tak berapa nak banyak status2 berunsur macam ni, tp tipu la kalau nak cakap tak ada. Rasenye xbg contoh pn boleh faham kn macam mana rupa status yg boleh masuk dalam kategori ni. :)

  • General News / Announcement
Pun x berapa banyak , tapi still ada. Contohnya macam Jgn lupa online YM kul 9 mlm ni. Kte kne conferencing to discuss a bit more bout the assignments. T-T *what a ruin for a holiday* atau Dengan sukacitanya mengumumkan kepada Vnn Shfd Rshd, Syafiqah Kadar dan Atikah Manan bahawa saya telah berjaya membeli raket berwarna biru + purple. Badminton jom ! :) ..


Ni lah diantara status2 Facebook yang dapat dikaji. So, status korang majoritinye jatuh dlm kategori ape ?

Tuesday, August 24, 2010

Aku Mula Jatuh Hati Kepadamu

Lagu yang sangat lovely oleh Melda Ahmad. Lagu ni seolah2 dah summary kan kisah cinta diri sendiri dgn Mr. HeartGardenias. Sangat2 la best. Sekali dengar terus turun ke hati. Jatuh hati. Serius jatuh hati. Sweet. Lagu ni dah lama dah sebenarnya... tp ni baru first time dgr. Terlambat sket... Comel je lirik dy. Oh ye, buat Mr.HeartGardenias... Saya tujukan lagu ni kat awak. :)


I
aku mula jatuh hati kepadamu
setelah kau kata cinta padaku

masing-masing dulu punya pasangan
akhirnya kita bersama
pertama kali kita bersua bertentang mata
terasa ada kimia di antara kita

kau kucup pipiku
kau bisikan cintamu
kau kata baby I love you
kau cairkan hati ku


II
bahagia
,
kurasa,
disaat kita berdua bersama
memandang bulan terang
menyaksi bintang-bintang
kau seru akulah pelangi cintamu

III
kau seru akulah pelangi cintamu


Lovely song Kimia oleh Melda Ahmad :)

Sunday, August 22, 2010

Tips bagi Mereka yang Menghidapi Penyakit *Shopaholic*.

Ouch ! Terasa jgk sbenarnye bile ckp pasal shopaholic. Kalau nk diikutkan, entry ni spttnyer ditujukan kt diri sendiri. Yep... Korang tak salah baca, mmg sebut 'diri sendiri'. Yg sbenarnye, ni baru balik dari shopping yg bukan shopping utk raya. Ni suke2 punye shopping. Habit. Tiap2 bulan mesti nak shopping. Kalau boleh nk tiap2 minggu, tiap2 hari... tp tu dah membazir sgt dah tu.

Mse nk g shopping td, niat kt hati nk cari seluar coklat, sweater ngan high heels je. Tp bile balik rumah, tgk balik beg2 shopping n resit2 yg ader... Tup tup... Dah beli 2 helai seluar Giordano yg bukan warne coklat pn. Sweater ngan kasut tetap beli jgk... dari Giordano n Vincci. Tmbh lg sehelai blouse dari Googles (Shop-a-lot). Err... Tmbh jgk dgn contact lens nyer solution, laptop LCD cleaner and printer cartridge. Giler arh... Byk jgk habes duit cuti mid-sem neh... Sumpah byk giler. Tp xkn nk reveal brape lak kn... Cukup la asalkn korang tau yg secara rasminye, diri ni dah selamat menjejakkan kaki dalam zon Shop-a-Holic ! :)


Bagi korang sume yg menghidap penyakit yg same, korang try la consider tips2 ni. Sile ambil perhatian bahawa tips2 ni bukan berdasarkan kajian atau nasihat pakar psikologi ke ap tetapi hasil obervation dan pengalaman diri sendiri. Korang mungkin berjaya mengurangkn nafsu shopping kalau korang ada tahap determinasi yg tinggi *yg ni mmg konfem tau sbb diri sendri lom berjaya wlaupun amalkn tips ni.determinasi belom cukup tinggi.*

  • Sediakan list barang yg korang nk beli sebelum kuar shopping.
Maksudnye, sediakan list la. Bende ni penting supaya korang leh igtkn diri korang apa barang yg perlu korang beli and apa yg tak perlu. List mcm ni sangat2 la sesuai supaya korang boleh elakkan dari membazir. Tp igt, kuatkan determinasi korang dan beli barang2 yg ader dlm list tu je. Jgn pulak nnt buat list, simpan dlm poket lepas tu shopping ikut suka hati. *ni adalah tips pertama tp diri sendiri x amalkan tips ni ye. sbb tu la shopping slalu terlebih beli.*

  • Jgn bwk kad atm atau kad kredit.
Mesti pelik kenapa, kn ? Sbb selagi korang tau yg dlm akaun tu ade duit, selagi tu la nk membeli. Xde duit xpe, boleh withdraw... xpn leret je kad kredit tu. Cukup bulan, bayar. Isk2... Yg ni mmg bahaya. Kalau duit tu da keluar macam air mengalir, jgn terkejut lau satu hari nnt korang diisytihar bankrup. So kalau x bwk kad atm mcm mane ? Kalau korang dah sediakn list mcm tips kt atas tu, cube tetapkan budget untuk setiap barang yg ader dlm list. Jumlahkan semua budget tu, then bwk tunai cukup2 ikut budget yg korang dah tetapkn. Sebaiknya lebihkan sedikit dari budget yg ada in case emergency. Lebihkan sikit je tau, dlm RM50 dah cukup dah tu.

  • Jangan usha / pandang kiri kanan waktu dlm mall.
Ouh, ni sangat penting supaya korang tak terpikat dengan display2 yg ader. Bile korang dah terpikat, nak xnk korang mesti nk g usha baju tu. Bile dah usha, mule la pasang niat nak beli. Kalau korang mampu, x pasal2 tmbh baju dlm list korang. Kn dah membazir ? Kalau x mampu, balik nnt mimpi2 baju tu. Nak xnk, lepas tu korang pergi cari jgk baju tu. So mcm mane pn, tetap akn membazir. Carenye, bile jalan tu... Pandang kedai yg korang aim nk beli barang je. Straight to the point. X payah nk usha2 kedai2 lain kt sekitar dy ke ap. :p

  • Pergi beli baju, kasut, etc. ketika musim tak ada sale.
Ha, ni senang je. Bile korang nk pergi shopping, tgk barang tu lawa. Nak beli.... Harga tak ada sale. Faham2 la. Kalau beli jgk, kering poket. Lepas tu dah balik bengang je sbb bile time ader sale harga jauh lebih murah. Sejak dari hari tu, taubat xnk beli barang mahal2... Tak berbaloi.

  • Pakai earphone / dengar lagu sambil shopping.
Okeh... Jgn pkai earphone je. Dengar lagu ke video ke maen game ke ap skali. Fungsi nyer adalah untuk mengelakkan korang tergoda dengan salesperson yg x habes2 promote harga murah la, ader sale la... Beli dua percuma satu la... dan ape bagai lg...

  • Pergi shopping dgn kawan / boyfriend / kekasih hati atau adik yg bukan metrosexual. (tips untuk shopaholic wanita sahaja walaupun mcm susah nk jumpa shopaholic lelaki)
Metrosexual ni golongan lelaki yang amat mementingkan lifestyle dan gaya. In other terms, diorang pn arif tentang fesyen yg menyebabkn ada diantara diorang masuk dlm kategori shopaholic. Okeh.. keluar shopping dgn lelaki yg bukan metrosexual sgtla bgs sbb bile korang tgh pening nk buat pilihan nk beli kasut yg mane satu, diorang akn bising suruh cepat hingga menyebabkn korang hilang mood nk membeli. Bile korang tgh belek2 baju konon2 nak beli, diorang akan menegur dlm nada sarkastik mcm "Baju awak yang sampai 3 almari kt rumah tu lagi cantik dari baju ni." Korang akan marah dgn sarcasm diorang smpaikn hilang mood untuk membeli... dan seterusnya... Bgs kn ?

  • Makan banyak2 smpai kenyang giler sebelum pergi shopping.
Bile dah kenyang giler, mata mula ngantuk mcm ular sawa. Bile ngantuk, rase malas nak keluar. Bile malas nk keluar, tak pasal2 ucap 'goodbye' shopping. Kalau korang berjaya keluar pun dlm keadaan malas mcm tu, korang xkn jalan dlm mall tu lama sgt sbb nnt perut senak. Bile korang x jalan lama2, barang yg korang beli pn xde la banyak...


Okeh... Tips ni menjadi ke x, mmg xde jaminan sbb diri sndiri pn belum plan nk step down dari jd shopaholic lg. Malas nk tetapkn tahap determinasi buat mase skrg. So nmpknye, skali skala korang akn nmpk la owner blog neh pegi shopping. Tp xpe...Bg mereka2 yg berdeterminasi, Good Luck untuk korang. Kalau korang berjaya, sile ckp " Weehooo ~ "...... :)

Saturday, August 21, 2010

Sebulan.


I
Setapak-setapak kita melangkah.
Perlahan-lahan menghirup udara.
Menghayati panorama.
Tak sengaja kita bertentang
hingga bibir mengukir senyuman.
Sedar tak sedar,
dah jauh kita berjalan.
Sebulan.
Hanya sebulan.

Kita akan sampai semula ke satu permulaan,
membawa ukiran senyuman
yg kini diabadikan sebagai lukisan kenangan.


II
Sebulan.
Dan kemudian,
akan aku mainkan ritma kesyukuran
kerana kebahagiaan sepanjang perjalanan;
supaya kau tahu
bahawa
diri ini masih ingin melangkah
dari satu permulaan baru.


III
dan masih
inginkan
KAU, bersamaku.


:) d'fedrin

Friday, August 20, 2010

Cara-Cara Menyiapkan Assignment tanpa Tensi yang sangat Hebat

Sekarang ni tengah cuti. Serius tengah cuti. Mid semester break. Tp kalau nk ikut perasaan sekarang, sangatla bercelaru. Assignment berlambak2 nk kne siapkn. Bile tgk kwn2 sume asyik tuka status kt facebook utk sedapkn ati, motivasi diri sendiri... tu yg mula buat keputusan utk kaji cara2 menyiapkan assignment tanpa tensi yg sangat hebat...

  • Buat assignment sambil online blog / facebook / etc. ataupun sambil main game / tgk tv.
Maknenye, bile korang tgh khusyuk taip assignment... agak2 kepala nk meletup sbb byk sgt fikir.. Cepat2 la buat bende lain. Yg paling common adalah online facebook mcm yg korang tgh buat tu. Ad je status facebook yg update pasal assignment. Byknye status memberi semangat atau dlm kata lain menyedapkn hati. Oh yeah, diri sendiri pn tak terkecuali.
  • Upah adik beradik atau sedara mara tolong siapkan assignment.
Ni idea yg agak bagus jugak sbnrnye. Tp hanya boleh dilaksanakan kalau korang ad adik beradik atau sedara mara yg rajin mcm korang. Kalau adik beradik atau sedara mara korang x rajin, upah la byk mane pn... Confirm diorang xnk mcm adik diri sendiri neh... Penat rasuah... x jd jgk.. :) *lupe lak yg dy ad trial spm. pttla asyik reject je. dedikasi study la tu kot.*
  • Cari maklumat kt internet lepas tu copy dan paste. Ubahsuai ap yg patut.
Ala, ni xyh suruh pn confirm ad yg buat. Contohnye, korang buat transkripsi x selak kamus kn kn kn? Tp xpe... Pakai internet pn sah. Jgn lupe buat referencing da la... Penting tu. Nnt kne tuduh plagiarize. Papepn, ni mmg cara feveret para student nk siapkn assignment x kire la ipta or ipts. Dan sekali lagi, kaedah ni turut di'apply' oleh diri sendiri ye.
  • Buat assignment selang dua jam.
Err... x berapa nk tau fungsi dy. Tp mungkin la, lebih kurang dgn smbil buat kerja lain. 2jam pertama, korang dedikasikn seluruh jiwa raga korang kt assignment korang. Dah cukup 2jam, korang rilekkn otak korang. Time ni pegila maen badminton ke ap lau korang nak. Dah cukup 2 jam, sekali lagi korang dedikasikn jiwa dan raga korang. Teknik ni berterusan smpaila korang nk tido...
  • Siapkan assignment smbil mkn jajan / makanan ringan.
Teknik ni sbnrnye kurang digalakkn terutamanya pada mereka2 yg tgh nk kurangkn berat bdn mcm diri sendiri sbbnyer aktiviti ni boleh menaikkn berat bdn dgn mendadak. Serius... kalau x caye, cube la. Tp mmg diakui bile kite buat assignment smbil mkn, tumpuan kite akn lebih pade mknan so otak xde la rase mcm nk meletup sgt bile hadap assignment neh. Sile amik perhatian yg teknik ni tak boleh diaplikasi sekiranya korang pilih untuk mkn mknn berat seperti nasi atau burger sbb bile korang mkn mknan berat, korang gune tgn especially burger. Cm mane nk taip kalau tgn kotor ? Sayangi laptop anda. Tp kalau korang ad teknik mkn mknan berat smbil siapkn assignment, sile la teruskn dengan teknik anda. Kalau dpt ajar lg bgs... ngee ~

Cara-cara yg ade ni sikit je. Xdpt nk fikir byk2 sbb otak lg serabut fikir assignment. And yeah, sbb rindu dy jgk. Hehehe... Sile la praktikkan teknik2 ni kalau nak... :)

Wednesday, August 18, 2010

How to survive dengan kes komuniti busuk hati ?

Kita ni, biar nampak jahat di luar tetapi hati baik...
Jgn nampak baik di luar tetapi hati busuk...

*ayt yg di re'phrase' dari dialog Muna dalam drama Ular Emas, tv3.*
____________________________

Sape yg tak kisah bila khabar angin, fitnah ataupun org ckp2 bnde buruk pasal diri kita ? Mungkin mulut kita ckp tak kisah, tapi dalam hati sebenarnya masih gelisah. Walau mcm mana pun kita fikir ataupun buat tak peduli, perkara mcm ni melibatkan maruah terutamanya bila melibatkn sesuatu yg bukan diri kita.

Org mungkin ckp kita jahat, kurang ajar... tp kadang2 diorang tak sedar yg diorang yg menyebabkn kita mcm tu. Contohnye.... Bila kita marah seseorang sbb cuba merampas hak kita, dy akn ckp kita kurang ajar. Lepas tu canang dekat semua org, terutamanya kt facebook yg kita ni mcm ni, mcm tu. Pernah tak korang *golongan busuk hati* ni perasan yg bila korang merampas hak org... bukankah itu menunjukkn yg korang xde rasa hormat pada org lain ? dalam kata lainnya, kurang ajar.

Senang2 org menghakimi segala perbuatan dan pertuturan kita. Tak kira mcm mana mahir nya seseorang dlm menafsir sikap manusia, tafsiran tu salah. Semua perbuatan, kejadian, kebetulan, masalah, cara berfikir dan pertuturan mempunyai sebab tersendiri. Ada sebab yg kita tahu dan ada juga yg tak. Jd mcm mana korang hakim org tanpa kenal diri dy sbnrnya ? Disebabkn org lain ckp dy jahat, korang mula pandang serong. Sedangkn mungkin dy buat perkara yg kurang elok atas desakan keluarga. Mungkin kita sepatutnya beri nasihat pada org mcm tu, bantu dy atau pun sekurang2nya simpati. Bukankah kita dah buat satu kesilapan besar bila kita salah menghakimi org ? Kita dah jatuhkn maruah dy. Bygkn kalau perkara yg sama jd pd kita...

Stop being judgemental. Korang yg pandang serong pada org lain ni, pernah tak korang fikir... Org yg beritahu korang tu boleh dipercayai atau tak... Kalau dy boleh ckp buruk tentang org lain tmbh2 kalau kwn rapat dy sendiri.... Mustahil dy xkn bercakap tentang anda.

Dedikasi untuk mangsa backstabber atau mangsa mana2 komuniti close-minded yg hati busuk.
  • Walau mcm mana pun kita cuba tak fikir, hati akn tetap rasa tak tenang selagi org masih bercakap. So, cuba untuk tak ambil tahu ap yg org ckp. Contohnya, kalau diorang ngutuk kt facebook... Jgn online untuk seminggu dua. Kalau kwn2 kt kelas ataupun tmpt kerja, cuba buat tak tau dengan jalan jauh2 dari diorang. Lagi bagus kalau sumbat telinga dgn earphone lepas tu siapkn kerja yg tertangguh. Cukup masa, balik rumah.
  • Cuba fikir positif. Kalau rasa nk marah pn xpe. Tp cuba lepaskn marah tu kt tmpt lain. Tulis surat yg xde penerima ke... xpn paling senang, marah kt blog.Tp igt... jgn pulak tulis nama org yg kite marah tu ataupun tulis karakter dy. Kalau dy nk terasa suka hati dy la. Yg penting kita bukan nk hebah dekat org pasal dy sbb tak tulis pn nama dy ataupun karakter dy. Tp kalau dy dah terasa tu, memang betul la dy ad buat salah kt kite walaupun dy sendiri nafi. Dy sendiri yg kantoikn diri dy sendiri bile tulis kt status facebook mintak simpati semua org dengan ckp bukan2 pasal kita. Hahahaha. Cara lain nk hilangkn marah, g amik wuduk.
  • Setiap kali rasa nk fikir pasal semua tu, pergi cari kwn2. Hang out. Mungkin keluar pergi maen bowling ke. Tak pun yg paling senang, lepak je borak2 kosong. Kalau takde kwn, maen game sorang2 kt laptop ke, psp ps2 xbox nintendo... Ikut kesukaan korang la.
  • Bila nk fikir lg, cuba tidur. Insyaallah tak fikir. Tp kalau masuk mimpi tu susah la jgk.
  • Yg paling penting, setiap kali solat... jgn lupa doa supaya perkara tu reda. Kalau boleh jgnla mintak balas pade org yg aniaya kite tu sbb xnk tanam sifat dendam tu. Mintak supaya diberi ketenangan tu cukup la. Xpn buat solat hajat.

Rasenye tu jela kot cara2 yg boleh dicadangkn. Sila amek note yg cara2 diatas adalah cara2 yg diamalkn oleh saya sendiri dan bukan dicadangkan oleh pakar psikologi ke ap. Kalau cara2 ni boleh membantu bgsla... tp kalau tak, sorry ye. Pandai2 la korang cari cara lain sendiri.


Keep on smiling. You know you can live through it.

Tuesday, August 17, 2010

I could use a dream, a genie or a wish.


Can we pretend that airplanes in the night sky are like shooting stars?
I could really use a wish right now. - Airplanes

Diorang mungkin x nmpk wajah satu sama lain , or mungkin buat2 x kenal satu sama lain... berlagak mcm xde ape2... tp perihal hati , xkn ad siapa tahu. sebab tu.... sebab tu... bile dpt tau je pasal tu , hati mule berdolak dalik. risau tak tentu pasal. dy akn sentiasa sayang saya , itu fakta. tp dah memang perangai mengada kn... jd cmmane pujuk hati sndiri pn , tetap nk risau jugak.... agak2 pakai wish tuk tenangkn diri berkesan tak ?

[-.-']

Monday, August 16, 2010

Jatuh tu sakit, tapi jatuh cinta tu tak.

You're stuck on me and my laughing eyes. I can't pretend though I try to hide, I like you. I like you. I think my heart skip a beat and I can hardly breath. You got me. Yeah, you got me. The way you take my hand is just so sweet and that crooked smile of yours, it knocks me off my feet. - Colbie Caillat

Macam mane rasa bile dah jatuh cinta ?


Diri sendiri pun tak berapa nak tau bile cerita pasal bende lovey duvey ni. Crush dgn someone and falling in love dua benda yg berbeza. For sure, beza ! Kadang2 kite x sedar. Bile kite igt kite cintakn dy, rupenyer2 crush jer. Falling deeply in love, seriously mmg diri sendiri tak tahu nk describe mcm mana. . Bile fikir2 balik, mgkin ad jgk kot perbezaan semenjak dua menjak ni..

  • Bile bgn je pg2, bnde pertama yg cari mesti henfon. Tgk lau ader miscall ke ap sume. Yg paling best, lau pg2 ader msg dri Mr. HeartGardenias. Lepas baca, mesti hari tu start dgn mood baek je.
  • Tiap2 mggu mesti nk gmbr baru Mr. HeartGardenias. Skurang2 nyer dua gmbr. Lau nk 3G tu boleh je sbnrnye, tp tu la... bkn selalu sama2 free. Mesti ader je keje nk buat sume. Jd baek hntr gmbr je. At least xde la menggangu sgt.
  • Sekarang bile rase nk mengada2 tacing2 sume, boleh cari Mr.HeartGardenias. Wlaupun dy just dgr je, xyh wat pape... tu pun da cukup best da tu. Ye la, diri sendiri da byk ckp. Igt sume org nk ke dgr bile kite nk ckp byk2. Jd Mr.HeartGardenias la jd mangsa. Thank u sayang. :)
  • Setiap kali Mr. HeartGardenias bg hadiah, mesti rase excited jer. X kisahla mahal ke murah... Org mata duitan je peduli pasal harga ni. Lau Mr. HeartGardenias bg sticker pn, mende tu tetap akn disayangi. Sbb tu la tiap2 malam mmg xleh tinggal Floeffee. Bile kasut tinggi yg Mr.HeartGrdenias bg tu rosak, cepat2 suh papa baiki. Tp tu la, mengecewakn je bile balik2 papa ckp kasut tu da xleh baiki. Serius nk nanges. Sayang giler kasut tu. Lau xleh pakai, xpela. Simpan buat artifak jela... T-T
  • Seronok bile dapat g dating. Mmg sehari sblum tu da fikir da nk pkai baju ap, seluar, kasut, tudung... Tiap2 kali dating mesti nk shopping baju baru. :p
  • Pegi dating mmg dah seronok giler da. Mase dating lak, mesti kerja nk kire brape lama je mase yg tinggal tuk jumpa. Setiap minit tu kirenye mmg bermakna jer.
  • Paling sedih, bile masing2 nak kena balik lepas dating. Yg paling x tahan tu, tiap kali lepas dating or jumpa... mesti demam x lama lepas Mr. HearGardenias takde depan mata. Rindu. Mcm mana la mama x suruh kawen cepat lau da manje sgt smpai cmni ngan Mr. HeartGardenias. Hehehe.
  • Perangai Mr. HeartGardenias agak brtentangan ngan perangai diri sendiri. Terutamanya bile part 'banyak ckp' tu la. Dy lebih pendiam. Kadang2 misteri pn ada. So bile ad hari2 tertentu yg Mr. HeartGardenias hyperactive smpai dy celoteh byk2... Mmg tmbh2 best sbb bile dy hyperactive, dy nakal sket. Ad je bnde yg dy nk buat lawak lepas tu buli org... Kelaka jer. Kne buli pn diri sendiri boleh suke. :p
  • Tiap malam mesti Mr. HeartGardenias kena teman tido walaupun over the phone jer. Manja kan? Mengada. Kalau Mr. HeartGardenias x teman, alamatnye berjaga la smpai 4-5 pg. Insomnia terus.
  • Setakat ni, tak pernah bangkang Mr. HeartGardenias.Memberontak ke ap. Lau dgn org lain, kdg2 ader je komen, xpun wat dunno je wlaupun kne suruh. Kalau 'A' Mr. HeartGardenias ckp, 'A' la yg dibuat. Bukan lurus bendul xde pendirian ke ap... tp mgkin tertarik dgn cara dy kot. Mr. HeartGardenias kire tergolong dlm kategori lelaki yg hormat perempuan terutamanya in terms of x pernah nk naik suara, tengking2 ke ap. Ckp pun sopan je. *kecuali kalau prmpuan tu buat jahat dgn dy or kurang ajar dgn dy.* Mgkin tu sbbnye boleh tertarik dgn dy. Personaliti dy best. Setakat yg kenal skrg la. Langsung xde pape komplain pasal personaliti dy.
  • Serius, dgn Mr. HeartGardenias ni... Sekali pun x boleh nk menipu. Walaupun dlm hati kdg2 tu ade jgk niat nk menipu sket2, mesti dlm otak xde idea nk bg alasan ap. Jgnkn menipu, putar belit pn x dpt. Blur terus otak stiap kali cube nk laksanakn niat putar belit or menipu. So, x payah la nk tipu menipu ni. Lupekn terus. Lgpn, jujur tu kan perkara asas dlm satu prhubungan. Hehehe. Sekarang ni masih berusaha untuk kekalkan rekod 'zero penipuan' dgn Mr. HeartGardenias. :p

Kesimpulannya, saya bahagia dan saya sayang dy.
Mushy sgt da ni. Okey, pegi muntah skrg.

.

nk bagitau satu rahsia

yg bile da bgtau.. xjd rahsia da la kn...
so x jd nk bgtau...
supaya dy kekal sbg rahsia...

:)

.

Saturday, August 14, 2010

Wacky-ness in the Gaming Zone

Kadang2, bile badan da letih sangat... Mata pn xnk lelap. Officially kul 1 pg td selamat sampai Taiping. But disebabkan bdn yg terlalu letih dgn assignment and ape bagai lg, mata ni langsung xnk lelap. Akibatnye, menaip blog kul 4.30pg smntara mnunggu sahur. Ntah nape pg2 bute cmnie mood nk jiwang wlaupun rasenye da slalu da menjiwang kt blog. *so move on dri mood jiwang, okeh?*

Last Thursday, assignment grammar games telah selamat dilaksanakn. Hari tu sangat best. Skali skala maen game dpt jgk release tension wlaupun tu sbnrnyer assignment.

First game, Human Checker atau dalam nama lain nyer, 'Dam Manusia'. Hahaha... Mengharapkan game ni interesting tp tu la, kurang menyengat pulak sbb xde aksi makan buah pihak lawan yg membenarkn ahli2 game gune pistol ala2 menembak *asalnye nk bg je pistol air kt diorang*.

Game kedua, Kingdom Wars atau nama lainnye 'Peperangan Kerajaan' *macam buruk je gaya bile alih bahasa, tak berbakat jd translator ke ap*. Game yg interesting sbb menguji kepantasan. Hahaha. Wlaupun team kitorang mendahului, kalah pulak di saat2 akhir. Permainanyg sengit.

Lepas tu, maen Charades atau nama lainnye.... err... taktau dlm malay panggil ap. Kelaka je maen game ni. Team kitorang kalah teruk. Hahaha... 5-0. Giler x cekap langsung bile maen charades wlaupun dah selalu maen.

Last game tuk hari tu, Dragon Quest. Pun tak tau nk panggil ap dalam malay. Game ni adelah game yg sengal2 ubi. Kelaka giler. Hari tu team dgn Chan. Muahahaha.. menang dgn jayanya dlm game ni wlaupun pedang yg dy bg sbgai secret weapon tu mcm x brape nk ader fungsi. In the end, dpt 'Jitro Man' sbgai hadiah pemenang. ^.^

masing2 sengal , sbb tu la game2 yg dijalankn dua kali lima jer

Bachelor of Education TESL Group 3A
Siyes korang rawks ! Sayang korang ! :)

.

Friday, August 13, 2010

My Love, Happy Birthday.

Selamat Hari Lahir, sayang.

Bersyukur sgt sbb sayang dilahirkn kt dunia ni. Kalau tak mesti xde peluang nk jumpa kn. Terima Kasih sbb selalu ad kt sisi budak nakal yg keras kepala ni. Terima Kasih jgk sbb ajar pkai tudung sume. Sayang giler. Semoga sayang pnjang umur.... *bru la jodoh pn pnjang jgk* lepas tu semoga murah rezeki jgk *cepat sikit kawen* hehehehe...

Sempena besday sayang, org janji... Insyallah, org akn tetap sayang byk2 kt sayang. Lepas tu, org xkn tinggalkan sayang *kecuali lau sayang ad genetik suke bermadu la* hehehe... ^_^

I Love You

Monday, August 9, 2010

I.ain't.affected.by.Harmless.Flirt

Tak paham. Serius banyak kali fikir pun still tak paham. Sbb diorang tipikal ? Maybe... What's with the flirt ? Serius susah sangat ke nak paham bile ckp kawan je... Sebab tu skrg dah benci nk online messenger. Jgn harap nk jejak kaki masuk room wlaupun rindu nk buat perangai kecoh.

Bile cakap pasal nature chatters, diorang mmg xkn lari dari perangai cheesy harmless flirt tu. Wat la surgery macam mana pun kalau dah namenye penyakit dtg dri hati mcm liver sclerosis, selain wat transplant mmg xkn ade ubat punye. Kenapa tak boleh be lame ckp pasal weather ? Tak pun lau nk ckp pasal skate, rock climbing or even cars... Boleh terima... Serius boleh terima.

Nampak macam kepala da tercemar dgn hydrocloric acid... dah pesan dah jgn panggil ikut suka2 hati tp nk buat mcm mana. Banyak2 kali curah natrium benzoat pn xde effect. Tak jd neutral jgk. Mungkin salah rumusan tp tak berapa nk kisah la... Sah ni mesti sbb kepala diorang dah tak ikut syllabus.


I ain't affected by harmless flirt.
'Cause this damsel in distress is already saved by her knight in a shining armor.

.

Sunday, August 8, 2010

Post Ramadhan je? Ni cerita semalam la.

Hehehe... Perasan x ? Tak lama lg dah nak masuk bulan Ramadhan. Puasa sebulan. Giler excited. Tmbh2 kt dlm UNISEL ni diorang akn bukak bazaar Ramadhan. Tp tu la... Bulan Ramadhan ni la time yg paling sesuai lau nak kurangkn berat badan... Jgn pulak nnt berat bdn naik sbb berbuka terlebih banyak.

Banyak bende nk kena ready tuk Ramadhan ni... Lau orang lain mesti da start fikir nk beli baju raya berapa pasang, nk tema warna ap... tp tak... skrg ni tak boleh. Tp mmg malas pn nk beli baju raya sume ni... Bia mama je yg settlekn...

Skrg ni kne fikir bende lain yg lg penting...

Disebabkn nnt puasa, kne brbuka ngan Gaviscon dlu bru ngan bnde2 laen.. Sedey... Nak tak nak kne terima ar gastrik yg ad ni. Lepas tu kondisi perut yg mmg slalunya teruk hingga mnyebabkn trpksa brpantang akn menjadi lg teruk lau x jaga2 bile time berbuka nnt. Mcm biasa, mknan pedas, black pepper ngan minuman cafein mmg kne elakkn trmasukla air nescafe ke, mocha ke, capuccino dan adik beradik dgnnya.

Kasut baru dah beli tuk menggantikan kasut tinggi yg 4inch tu... Mane taknye... Bulan puasa nnt nk g kelas , tak larat nk jalan dari umah kt tingkt 4 ni g kelas pkai kasut tinggi tiap2 hari. Bulan x puasa pn semput, bulan puasa lg la... tp lau skali skala tu bolehla kot... Mane boleh idup tak pkai kasut tinggi langsung... hahaha.

Lupe lak, secara rasminya... Ni entry berkaitan Ramadhan yg kedua. Mknenye dah dua kali Ramadhan da blog ni idup. ^_^

Yg tak berkaitan Ramadhan pulak.... Semalam kua g KL ngan Syaf, Ede n Vinn. Really nice wlaupun penat giler. Awal2 smpai lg da bantai g cari Burger King. Siyes mengidam Burger King. Mmg heaven la dpt mkn. Sowie eh syaf n vinn... Lenkali kite makan Mr. Teppanyaki lak... xpn Subway k... Sbnrnye keluar sbb nk cari brg tuk Grammar Games presentation tp dah tershopping skali lak. Sakan lak tu.... Xbleh blah tol...

Bile dah balik kemas barang, tgk balik barang2 yg shop mmg agak byk giler jgk. Buku 2 buah, baju kurung spasang, 2 tudung, mascara, eyeliner, kasut.... Tp yg best nyer tu, dpt shopping barang warne purple !

Mase da nk lek tu, kitorang lepak minum dlu. Lgpun Ahmadil ngan Det yg g PC Fair kt KLCC pn da nk balek. So diorang lepak ngan kitorang skali. Hahaha... Mentang2 diorang g PC Fair, jd mintak tolong Ahmadil belikn earphone... See... Shopping lg... Susah ni... xnk jd shopaholic... T-T

xpela... Bulan dpn kne puasa dari shopping... ^_^

Rasenye tu je kot. Lgpn xleh cite panjang2 sbb syaf da kol nk mintak tolong borak ngan vinn in english. Diorang nk record tuk wat assignment diorang. So... Selamat Berpuasa tuk sume !

Friday, August 6, 2010

DIA sempurna , untuk saya.

He was like an angel, you know ? I was never knew life could be like that. He was the one thing I followed through in my life, the one thing I never give up on. I was good at loving him.
- from The Untamed Heart


Sangat suka dengan quote kt atas ni. Setiap kali baca, mesti tibe2 masuk dalam mood flashback. Lepas tu mengada2 nervous lebih smpai jantung jd dup dap dup dap. Bile fikir balik, Mr. HeartGardenias tu mmg dah mcm my only hero dah... Bidadari (versi lelaki) pun mungkin jgk... Banyak yg dy dah ajar. Disiplin, agama... Lepas tu dy sgt caring jgk. Memang cara dy jaga tu lain drpd yg lain. Boleh wat jd nk berbunga2 je ngan dy. Hero protective yg sporting. Memang giler best la dgn dy.

Dulu tak pernah tau pun yg life ni boleh jd best. Dulu tu mmg mksud dulu tau. Takde unsur sinis ke ap dlm ayt tu. Mmg mksudkn dulu... zaman kne makan ubat depression yg org ad masalah psikologi selalu mkn tu. Mase tu igtkn life ni mcm go with the flow je. Tak penah pn trfikir nak buat bnde menarik ataupun try bnde2 baru. Tp tu la.... Lepas jumpa balik Mr.HeartGardenias (3-4 taun kot lost contact) tiap2 hari rase cm excited je. Tak sabar nak tau life esok mcm mane. Semangat nk plan masa depan. Mcm2 lg da rancang da.

Sejak tu jugak mule tgk balik hari2 yg da lepas. Mcm2 bnde rupenye yg patut brsyukur tp dulu tak buat. Lepas tu, banyak fakta keliling idup yg tak penah sedar. Contohnye, kwn lelaki pertama adalah Mr. HeartGardenias sendiri. Betul... Mase tu umo 2 taun n Mr. HearGardenias umo 4 taun. Me pun kwn pmpuan Mr. HeartGardenias yg pertama. Menarik x ? Serius sgt suka dgn fakta ni. Ha... Bile ckp kawan, mksdnye mmg kwn tau. Pun takde unsur sinis ye. Kakak2 Mr. HeartGardenias and abang kandung me sendiri tak dikira sebagai kwn. Ibu ayah pun tak termasuk dlm kategori. Ni mmg kire first kawan. Bile Mr. HeartGardenias nk g main kt lua, dy akn pegang tgn me bwk sama. Lepas tu tak bg org lain kawan ngan me. Dy sorang je boleh. (Sumber cerita adalah ihsan dari Mama kesayangan) Tu la, kecik2 lg dah tunjuk taring "kite hak milik dy" tu... Hahaha... Suke !

So disebabkan skrg dah sgt mengada2 dgn Mr. HeartGardenias... Jd mmg nk kne ckp jgk la. Mcm mane jd pn, xkn lepaskan dy (lain kalau genetik curang tu melekat kt dy jgk). Memang takkan give up sbb mmg percaya kt dy. Org slalu ckp jgn percaya 100% tp kalau nk buat jgk mcm mane ? Ok la... kurangkn 0.01% je. Jdnye skrg ni percaya kt Mr. HeartGardenias 99.99%. Tp ala... Tak kire, nk 100% jgk la. Tak best byk no. 9. Skrg dah 100% balik, jd mmg boleh nampak la kan byk mana sayang Mr. HeartGardenias kn ? Susah nk terangkan dgn perkataan banyak mana... Kalau nk contoh jgk banyak mane (tuk yg jenis tak kire, tak kire... nk tau jgk banyak mane).... Ibarat mcm tingginyer langit, luasnyer laut, banyaknya pasir kt pantai... (wat tak peduli je lau nampak mcm jiwang) Tu contoh je tu... Yg sebenar lg banyak lg dari tu...

So yg ni untuk Mr. HeartGardenias...
Kamu la... Ad ke toleh kiri kanan belakang lak...
Kamu , Mr. HeartGardenias... Hehehe
I Love You so much , my dear sayang.

Terima kasih sbb pilih budak mengada yg nakal dan keras kepala ni. ^_^


.

Wednesday, August 4, 2010

Nostalgy : Tenggelamnya Kapal Van der Wijck

Tenggelamnya Kapal Van der Wijck adalah sebuah novel yang ditulis oleh Haji Abdul Malik Karim Abdullah(HAMKA). Ea memaparkan penggunaan bahasa yang indah dan kronologi cerita yang menarik. Mungkin agak pelik bile fikir2 yang terminat dgn novel ni... tp believe it , novel ni bukan sekadar kisah Titanic. ^_^

"Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa bukan menimbulkan sedu sedan tetapi cinta menghidupkan pengharapan, manguatkan hati dalam perjuangan menempuh onak dan duri penghidupan.." (Halaman 77)

"Kalau perkahwinan yang hanya dipertalikan oleh harta bende, tidak juga berubah sifatnya dari kelacuran yang biasa, Cuma bernama nikah sebab berakad saja. Orang perempuan yang menyerahkan diri kepada suami lantaran suami berharta, samalah dengan perempuan lacur yang menjual kehormatannya bahkan lebih buruk dari perempuan lacur, sebab perempuan itu menjatuhkan harga dirinya kerana hendak mencari sepiring nasi, tetapi si isteri ini memberikan diri kerana mengejar harta..." (Halaman 163)

"Di belakang kita berdiri satu tugu yang bernama nasib, disana telah tertulis rol yang akan kita jalani. Meskipun bagaimana kita mengelak dari ketentuan yang tersebut dalam nasib itu, tiadalah dapat, tetapi harus patuh kepada perintahnya." (Halaman 158)


.

Tuesday, August 3, 2010

Jatuh tu SAKIT sebenarnya

It is not the matter of how hard you fall ;
It is all about how fast you recover from the fall...


Lepas ni post2 sume nk tuka dalam malay balek. Boleh tak ? Sebabnye ad sesetengah pembaca kurang faham lau tulis dalam english. *wlaupun sukar tuk dipercayai yg blog ni ad pembaca setia* Ok la , mengaku ni. Tu bkn sebab utama. Bile cakap pasal tuka angin , mule la nk tuka layout la tuka bahasa post la... Macam2 lg. Literal je tu. Lau boleh nk tuka life jgk. *selain kewujudan Mr.HeartGardenias, family n best friend*

So sbnrnyer perbuatan tuka2 tu tak boleh la kn ?

Bile fikir balik , nampak macam nk lari dri life skrg je. Nk tuka2 pe sume... Alasan sume tu. Jd skrg dah x boleh tuka2. Nak xnk , kne jgk ngadap life skrg. Kene brsyukur pn sbb dpt hidup kt dunia ni pastu dpt mcm2 pengalaman jugak. Jd kne la berenti down jgk sbb nnt sampai bile nk sakit2 kn... Siap kne tuduh sebar virus lg. X elok tau mengada2 tension sampai sakit2... Tp kalo sakit tension jgk... Susah tu... Xpe2.. Yg penting nnt x lama lg sihat la ni... *harap2 la*

Percaya atau tak , Mr. HeartGardenias dah semakin jiwang. Ok jiwang tu x la kot sebab x suke bende brkarat2 ni... Makin memahami kot sbnrnyer... Lepas tu makin sweet dengan romantik jgk. Pg2 lg da tersenyum2 bile bace msg dri dy. Terus semangat sepanjang hari. Banyak lg yg best2 Mr. HeartGardenias buat, tp xkn nk cerita kt blog. Nnt org ckp poyo sbb dlu da ader da org kutuk2 ckp poyo bile cite bende2 gembira ni kt blog. Bende da lepas , org tu xnk ngaku pn dy buat mcm tu. So xpela... Jaga2 jela lepas ni supaya nnt boleh senyum tiap masa.

Untuk kamu, terharu dgn perhatian kamu. Terima Kasih.
Ik hou van jou, mijn schat.

.