Wednesday, August 25, 2010

Mengkaji Jenis-Jenis Status di Facebook

Facebook tu best. Tak tipu. Memang rase best sbb tu ramai [giler] orang pakai Facebook. Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa. Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan. [Wikipedia, Julai 2010] So, tahu tak ape bende yg setiap minit ade je orang *update* kt Facebook tu ?


Status. Setiap wall Facebook mesti ada status. Kadang2 setiap 30min ada status baru dalam wall yang sama. So status mcm mana yang diorang [and diri sendiri] selalu letak ?

  • Status berunsur " Apa aku buat hari ni? "
Status yg paling common. Tak susah sbnrnye nk kenal status jenis mcm ni. Agak2 status tu menceritakan tentang akiviti yang dy telah, sedang atau bakal lakukan... memang confirm dy jatuh kt kategori ni. Kalau nk contoh jgk, mcm... hout..hout...hout! chow dlu..nak balik bukak puase..hehehe..kpd korg, Selamat Berbuke! adiossss~ atau mkan jom...lapar la...huhuhu.

  • Quotes atau dalam kata lainnya Mutiara Kata atau yang sewaktu dgnnya.
Selalunya org letak stats mcm ni sbb ayt tu sangat beautiful and diorang fall in love kt ayat tu or sbb nk being general. Mksdnye xnk tunjuk personal feelings or in other words, secretive. Kadang2 letak quote2 mcm ni sbb xde idea nk tulis ape. Antara quote2 paling comel yang bernafas di wall Facebook adalah, When I had all the answers, the questions changed. dan Some say, better things will come our way.. no matter what they try to say, you were always there for me...

  • Status [penuh] emosi.
Selain , Facebook juga merupakan salah satu medium untuk meluahkan perasaan [terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai blog] macam yang diri sendiri kadang2 buat. Kadang2 je okeh... Unsur emosi ni tak kisahla unsur mcm mana pn... Marah, sedih, gembira, excited, geram, etc macam status2 Facebook ni, aku play boy , puas hati ? or sakit ati eh.....xphm2 ke??? dan juga ahahahahahahah!!!! segala uJian2 BertuLIs 1 aku kini telah tamat! aku bebas...aku bebas...aku bebaaaaasssssss!!!!!! Bile kite tulis stats and ada org comment suruh saba ke ap... Somehow dy rasa comforting. :)

  • Events / Wishes
Macam yg korang nampak... Status berunsur wishes ataupun events mcm birthday ke, anniversary ke... stats berunsur doa pn boleh masuk kategori ni sbb wishes kn... Macam status ni, hey, rase seronok la duduk cnih! sumpah tak tipu! :) ya Allah, lepas segala macam perasaan tak tenang yg Kau duga kan ke atasku, aq bersyukur dgn perasaanku yg lebih baik kini. aq bersyukur, terima kasih ya Allah :) dan status yang ni jgk biLa rAmadhaN tibE,t'tutupLah nErAkA n t'BuKaLAh syURga.b'tiupLah aNgin sYirah & ALLAH bersumpAh dgN kEbesAraNya, aKan t'ampunLah dOsa org Yg b'PUASE.. SELAMAT bERPUASE SMUE!! Kalau korang perasan, start masuk bulan puasa... Banyak status wishes ni. Mcm raya nnt jgk. Kite tggu okeh.

  • Status [sweet] berunsur lovey duvey.
Seronok bile baca status mcm ni. Especially bile status tu ditujukan buat yang tersayang. Ada jgk org yg single post status2 mcm ni, so jgn salah faham ye. Antara status2 yang boleh buat orang tersenyum dan masuk in-love mode adalah Husband saie kuat tdo mcm mane ni xD comel sangat ni! mysm bunny. atau Demi nama cinta, telah ku persembahkan hatiku hanya untukmu, telah ku jaga kejujuran dalam setiap nafasku... Element-Cinta Tak Bersyarat.

  • Gossip
Sebenarnya tak berapa nak banyak status2 berunsur macam ni, tp tipu la kalau nak cakap tak ada. Rasenye xbg contoh pn boleh faham kn macam mana rupa status yg boleh masuk dalam kategori ni. :)

  • General News / Announcement
Pun x berapa banyak , tapi still ada. Contohnya macam Jgn lupa online YM kul 9 mlm ni. Kte kne conferencing to discuss a bit more bout the assignments. T-T *what a ruin for a holiday* atau Dengan sukacitanya mengumumkan kepada Vnn Shfd Rshd, Syafiqah Kadar dan Atikah Manan bahawa saya telah berjaya membeli raket berwarna biru + purple. Badminton jom ! :) ..


Ni lah diantara status2 Facebook yang dapat dikaji. So, status korang majoritinye jatuh dlm kategori ape ?

No comments: