Wednesday, August 18, 2010

How to survive dengan kes komuniti busuk hati ?

Kita ni, biar nampak jahat di luar tetapi hati baik...
Jgn nampak baik di luar tetapi hati busuk...

*ayt yg di re'phrase' dari dialog Muna dalam drama Ular Emas, tv3.*
____________________________

Sape yg tak kisah bila khabar angin, fitnah ataupun org ckp2 bnde buruk pasal diri kita ? Mungkin mulut kita ckp tak kisah, tapi dalam hati sebenarnya masih gelisah. Walau mcm mana pun kita fikir ataupun buat tak peduli, perkara mcm ni melibatkan maruah terutamanya bila melibatkn sesuatu yg bukan diri kita.

Org mungkin ckp kita jahat, kurang ajar... tp kadang2 diorang tak sedar yg diorang yg menyebabkn kita mcm tu. Contohnye.... Bila kita marah seseorang sbb cuba merampas hak kita, dy akn ckp kita kurang ajar. Lepas tu canang dekat semua org, terutamanya kt facebook yg kita ni mcm ni, mcm tu. Pernah tak korang *golongan busuk hati* ni perasan yg bila korang merampas hak org... bukankah itu menunjukkn yg korang xde rasa hormat pada org lain ? dalam kata lainnya, kurang ajar.

Senang2 org menghakimi segala perbuatan dan pertuturan kita. Tak kira mcm mana mahir nya seseorang dlm menafsir sikap manusia, tafsiran tu salah. Semua perbuatan, kejadian, kebetulan, masalah, cara berfikir dan pertuturan mempunyai sebab tersendiri. Ada sebab yg kita tahu dan ada juga yg tak. Jd mcm mana korang hakim org tanpa kenal diri dy sbnrnya ? Disebabkn org lain ckp dy jahat, korang mula pandang serong. Sedangkn mungkin dy buat perkara yg kurang elok atas desakan keluarga. Mungkin kita sepatutnya beri nasihat pada org mcm tu, bantu dy atau pun sekurang2nya simpati. Bukankah kita dah buat satu kesilapan besar bila kita salah menghakimi org ? Kita dah jatuhkn maruah dy. Bygkn kalau perkara yg sama jd pd kita...

Stop being judgemental. Korang yg pandang serong pada org lain ni, pernah tak korang fikir... Org yg beritahu korang tu boleh dipercayai atau tak... Kalau dy boleh ckp buruk tentang org lain tmbh2 kalau kwn rapat dy sendiri.... Mustahil dy xkn bercakap tentang anda.

Dedikasi untuk mangsa backstabber atau mangsa mana2 komuniti close-minded yg hati busuk.
  • Walau mcm mana pun kita cuba tak fikir, hati akn tetap rasa tak tenang selagi org masih bercakap. So, cuba untuk tak ambil tahu ap yg org ckp. Contohnya, kalau diorang ngutuk kt facebook... Jgn online untuk seminggu dua. Kalau kwn2 kt kelas ataupun tmpt kerja, cuba buat tak tau dengan jalan jauh2 dari diorang. Lagi bagus kalau sumbat telinga dgn earphone lepas tu siapkn kerja yg tertangguh. Cukup masa, balik rumah.
  • Cuba fikir positif. Kalau rasa nk marah pn xpe. Tp cuba lepaskn marah tu kt tmpt lain. Tulis surat yg xde penerima ke... xpn paling senang, marah kt blog.Tp igt... jgn pulak tulis nama org yg kite marah tu ataupun tulis karakter dy. Kalau dy nk terasa suka hati dy la. Yg penting kita bukan nk hebah dekat org pasal dy sbb tak tulis pn nama dy ataupun karakter dy. Tp kalau dy dah terasa tu, memang betul la dy ad buat salah kt kite walaupun dy sendiri nafi. Dy sendiri yg kantoikn diri dy sendiri bile tulis kt status facebook mintak simpati semua org dengan ckp bukan2 pasal kita. Hahahaha. Cara lain nk hilangkn marah, g amik wuduk.
  • Setiap kali rasa nk fikir pasal semua tu, pergi cari kwn2. Hang out. Mungkin keluar pergi maen bowling ke. Tak pun yg paling senang, lepak je borak2 kosong. Kalau takde kwn, maen game sorang2 kt laptop ke, psp ps2 xbox nintendo... Ikut kesukaan korang la.
  • Bila nk fikir lg, cuba tidur. Insyaallah tak fikir. Tp kalau masuk mimpi tu susah la jgk.
  • Yg paling penting, setiap kali solat... jgn lupa doa supaya perkara tu reda. Kalau boleh jgnla mintak balas pade org yg aniaya kite tu sbb xnk tanam sifat dendam tu. Mintak supaya diberi ketenangan tu cukup la. Xpn buat solat hajat.

Rasenye tu jela kot cara2 yg boleh dicadangkn. Sila amek note yg cara2 diatas adalah cara2 yg diamalkn oleh saya sendiri dan bukan dicadangkan oleh pakar psikologi ke ap. Kalau cara2 ni boleh membantu bgsla... tp kalau tak, sorry ye. Pandai2 la korang cari cara lain sendiri.


Keep on smiling. You know you can live through it.

2 comments:

ika said...

what happened nana??

Unknown said...

hahaha... xde pe la ika...
saje je tulis... :p